vivo Pula Tarik Diri Dari MWC 2020 Kerana Wabak Koronavirus

Amazon. Sony. Ericsson. Nvidia. LG. ZTE. Syarikat-syarikat ini telah pun menarik diri dari penyertaan di Mobile World Congress (MWC) 2020. Kini tiba giliran vivo pula mengikut jejak langkah mereka disebabkan wabak koronavirus.

Melalui kenyataan vivo, jenama tersebut bimbang akan kesihatan pekerja mereka dan juga pihak yang terlibat di sana. Disebabkan vivo menarik diri, mereka juga terpaksa menunda tarikh pelancaran peranti konsep APEX 2020 kepada tarikh yang baharu yang bakal diumumkan nanti.

vivo apex 2020 Kapsyen: Gambaran vivo APEX 2020


Dengan bilangan syarikat yang lebih ramai menarik diri, ia menimbulkan persoalan. Mungkinkah MWC 2020 akan dibatalkan jika lebih ramai syarikat menarik diri?

Sumber: The Verge

Berkaitan