Senarai Peranti Xiaomi Yang Bakal Dikemaskini Kepada MIUI 11

Seperti yang diketahui umum bahawa Android Q telah dilancarkan pada bulan Mei tahun ini yang telah dipasang dan diuji pada beberapa peranti terpilih seperti Pixel dan lain-lain. Syarikat terbesar Xiaomi turut tidak ketinggalan dalam mengejar kemaskini Android versi Q supaya dapat diadaptasi ke dalam sistem antaramuka mereka sendiri iaitu MIUI pada versi 11.

Melalui pengumuman dari MIUI Forum, syarikat telah berkongsi jadual pelepasan kemaskini MIUI 11 versi stabli. Pada pautan itu juga telah disenaraikan model-model yang bakal dikemaskini kini dengan sistem terbaru itu. Kemaskini dijangka mula ditawarkan seawal suku keempat 2019 dan sebahagiannya pada suku pertama tahun hadapan.

Suku keempat 2019

  • Xiaomi Mi 9

  • Redmi K20 Pro

  • Xiaomi Mi 8

  • Xiaomi Mi 8 Screen Fingerprint Edition

  • Xiaomi Mi 8 Explorer Edition

  • Xiaomi Mi Mix 2S

  • Xiaomi Mi Mix 3

  • Redmi K20

  • Xiaomi Mi 9 SE


Suku pertama 2020

  • Redmi Note 7

  • Redmi Note Pro


Model-model di atas sudah mula atau akan diadaptasikan ke Android Q pada tempoh yang tidak dapat ditentukan. Kerana kemaskini ini boleh berubah pada bila-bila masa sahaja, sama ada perubahan pada model yang terlibat atau perubahan pada waktu yang sudah diumumkan.

Perlu diingatkan juga, jadual pengumuman ini hanya melibatkan model untuk pasaran China sahaja. Bagi versi pasaran global, tarikhnya belum dapat dipastikan lagi tetapi ada yang menjangkakan seminggu selepas pelepasan kemaskini dibuat di China.

Sementara itu, dikhabarkan Xiaomi akan menamatkan penawaran MIUI Global beta bagi semua peranti pada penghujung bulan ini.

Baca juga - Android Q Versi Beta Kini Sedia Dinikmati Oleh 21 Peranti Termasuk Asus ZenFone 5Z, Huawei Mate 20 Pro Dan Mi 9

Sumber: XDA, MIUI Forum