Kajian Morgan Stanley telah diambil oleh StreetInsider yang mendedahkan bahawa kadar pengekalan 92% Apple adalah lebih tinggi daripada Samsung 77% atau LG 59%. Ia lebih tinggi daripada Motorola 56% atau Nokia 42%. Kadar pengekalan juga memperlihatkan peningkatan iaitu pada 86% pada tahun lepas.
Tahun ini Apple bakal memperkenalkan tiga model baru iPhone 7s, iPhone 7s Plus dan iPhone 8. Mengikut laporan Apple akan mengetengahkan ciri paparan OLED dan kamera pengesan 3D yang membenarkan fungsi pengecaman wajah.
Apple dilaporkan juga merancang untuk mengintegrasikan sensor cap jari di bahagian bawah paparan, tetapi laporan lain memberitahu bahawa teknologi itu tidak bersedia untuk pengeluaran besar-besaran dan ID Touch akan dipaparkan di panel belakang telefon. Dwi kamera di bahagian belakang pula dibina secara menegak.
Walaupun rekaan iPhone tidak berevolusi sejak iPhone 6 dan sering dikritik hebat oleh pengguna Android, pengguna masih setia bersama iPhone. Satu khabar angin sebelum ini menunjukkan gambar tertiris yang didakwa merupakan prototaip iPhone 8.
Jika dilihat dengan teliti, korang tak rasa mirip Galaxy S8 ke? No komen.
Sumber
Sumber
Berkaitan
- iPhone XR Kekal Model iPhone Paling Popular Pada Suku Pertama Tahun Ini
- OPPO Juga Sah Akan Guna Snapdragon 865
- Xiaomi Mi 8 Explorer Terima Kelulusan TENAA, Bakal Dilancarkan Ke Pasaran Tidak Lama Lagi
- Galaxy Watch Turut Diperkenalkan Dalam Acara Galaxy Unpacked 2018
- Xiaomi Mi 8 Explorer Edition Dengan Harga Mampu Milik Akan Turut Diperkenalkan Kelak
- Xiaomi Umum Kehadiran Model Mi 8 Pro & Mi 8 Lite Bagi Pasaran Tempatan
- Samsung Tertangkap Mempromosikan Galaxy Note 9 Menggunakan iPhone
- OnePlus 5 Sah Mempunyai Dwi Kamera Utama dan Cip Pemprosesan 835
- Hari Pertama PUBG Mobile National Championship 2018 Berakhir, Pasukan AROV & GANK FTY Muncul Pendahulu
- iPhone 8 Mungkin Ditangguhkan Jadual Pelancaran Ke Bulan Oktober