Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 9 Akan Dilancarkan Secara Global Di Acara MWC 2019 Nanti

Xiaomi Mi 9 Akan Dilancarkan Secara Global Di Acara MWC 2019 Nanti

Diterbitkan Februari 15, 2019 oleh Haikel Areff

Berbeza dengan anak syarikatnya, Redmi yang agak agresif sejak permulaan tahun 2019, Xiaomi nampak sedikit perlahan ketika ini.

Akan tetapi, penantian peminat Xiaomi untuk melihat model pertama mereka tahun ini akan berakhir pada 20 Februari ini apabila mereka dijadualkan akan memperkenalkan Xiaomi Mi 9 pada tarikh tersebut di pasaran China.

Baca juga: Xiaomi Mi 9 Sah Diperkenalkan 20 Februari Nanti

#Mi9 is here!

We used nano-level laser engraving holographic technology + dual layer nano coating to create this beautiful and unique color.

For more details, make sure you check out our new product launch on Feb 24! pic.twitter.com/vtBLCJTBQD

— Wang Xiang (@XiangW_) February 14, 2019

Menurut kicauan Wang Xiang(Ketua Global Xiaomi), mereka dipercayai akan melancarkan peranti tersebut di peringkat global empat hari selepas itu(24 Februari) di persidangan mereka semasa acara MWC 2019 nanti.

Selain menjadi antara peranti terawal yang hadir dengan cip Snapdragon 855, peranti ini juga akan menggunakan tetapan tri-kamera utama dengan salah satu daripada sensornya adalah merupakan sensor 48MP.

https://youtu.be/SLpOAuFuzMw

Kredit: High Tech News

Melihat kepada Mi 8 sebelum ini, Mi 9 dijangka tidak mempunyai masalah untuk menarik minat pengguna terutamanya jika ia masih lagi mengekalkan penawaran harga mampu milik pada kali ini.

 

Sumber: @XiangW_

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY