Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-05-16 at 9.54.15 AM

Google Qalam – Cipta Kad Ucapan Sambutan Ramadan Anda Yang Tersendiri

Diterbitkan Mei 16, 2018 oleh Haikel Areff

Kita baru sahaja dimaklumkan bahawa sambutan meraikan bulan Ramadan al-Mubarak dan hari pertama berpuasa bagi tahun 2018 ialah pada 17 Me(Khamis) ini. Dan bersempena dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini, Google telah memperkenalkan fungsi terbaru mereka, Qalam.

Google Qalam ini akan membolehkan anda untuk mengucapkan ‘Selamat Menyambut Ramadan’ kepada sesiapa sahaja dengan kad ucapan yang tersendiri. Google telah berkolaborasi dengan sembilan artis terkemuka dalam menghasilkan reka bentuk ucapan bersempena Ramadan ini.

Screen Shot 2018-05-16 at 9.37.53 AM

Mereka telah menyediakan sejumlah pilihan rekaan kad interaktif buat pengguna dan pengguna seterusnya dibenarkan untuk mengubahsuai rekaan warna pada reka bentuk grafik yang terdapat pada kad berkenaan. Hias kad anda dan kongsikan keriangan Ramadan bersama orang yang tersayang dengan cara yang terbaharu.

Screen Shot 2018-05-16 at 9.43.59 AM

Sebelum

Screen Shot 2018-05-16 at 9.45.00 AM

Selepas

Berikut merupakan satu video ringkas bagi memperkenalkan fungsi Qalam ini daripada pihak Google :

Setakat ini, tiada maklumat sama ada Google akan meneruskan fungsi ini untuk sambutan AidilFitri kelak atau tidak. Jadi, tunggu apa lagi? Layari laman Qalam dan cipta kad interaktif anda sendiri segera.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY