Akan tetapi, perkara itu mungkin akan berubah di masa akan datang.
Ini kerana menurut CEO-nya, Lei Jun, mereka bercadang untuk meningkatkan harga jualan bagi peranti mereka di masa akan datang.
Namun, ia bukanlah dibuat tanpa alasan yang kukuh. Menurut Lei Jun, Xiaomi ingin membuang pandangan pengguna kepada peranti mereka dengan mendakwa keluaran Xiaomi sebagai peranti "murah".
Dengan itu, mereka bercadang untuk membangun peranti yang lebih baik dengan lebih banyak ciri dan fungsi premium.
Ketika ini, purata harga bagi sebuah peranti Xiaomi ialah pada CNY3,000(~RM1825) dan pengguna boleh meramalkan lebih banyak peranti Xiaomi akan dijual pada harga lebih tinggi daripada itu selepas ini.
Bagaimanapun, Lei Jun juga turut memberitahu bahawa peningkatan harga itu nanti bukanlah terlalu ketara.
Pada pendapat kami, ia bukanlah satu masalah kerana Xiaomi sudah memiliki sub-jenama yang menfokuskan peranti mampu milik iaitu Redmi.
Maka, mereka boleh memfokuskan kepada penambaikan siri perdana mereka seperi Mi dan Mi Mix untuk bersaing dengan peranti premium lain seperti siri Galaxy S dan Galaxy Note dari Samsung serta siri P dan Mate dari Huawei di masa akan datang.
Sumber: TechNode
Berkaitan
- Xiaomi Mi Max 3 Pro Pula Tersenarai Pada Laman Sesawang Qualcomm
- Naib Presiden Xiaomi Hugo Barra Letak Jawatan
- Dapatkan Potongan 10% Dari Pembelian Koleksi Ekosistem Xiaomi Di Shopee
- Xiaomi Mi Mix 3 Kemungkinan Dilancarkan Pada Pertengahan September Ini
- Lagi Info Mengenai Huawei P30 & P30 Pro Didedahkan Menjelang Pelancaran
- Xiaomi Mi Mix 3 Edisi Khas Forbidden City Mula Ditawarkan Pada Disember Ini
- Xiaomi Patenkan Rekaan Peranti Dengan Dwi-Kamera Swafoto Di Sisi Bawah Skrin
- Android 7.1 Mengetengahkan Ciri Rahsia 'Panic Mode' Dalam Diam
- iPhone 2019 Dilapor Bakal Hadir Dengan Rekaan Kamera Utama Menyerupai Huawei Mate 20
- Google Keluarkan Senarai 10 Peranti Android Terbaru Yang Menyokong ARCore