Android Q Versi Beta Kini Sedia Dinikmati Oleh 21 Peranti Termasuk Asus ZenFone 5Z, Huawei Mate 20 Pro Dan Mi 9

Sistem operasi Android generasi baru, Android Q sudah mula ditawarkan dalam versi beta untuk dinikmati lebih awal oleh pengguna.

Seperti biasa, barisan peranti Pixel akan menjadi salah satu model terawal yang akan menerimanya ditambah dengan 15 lagi jenama dari pengeluar lain.

Diumumkan pada acara I/O semalam, ia merupakan jumlah yang membabitkan lebih banyak peranti-peranti dari syarikat seperti Asus, OnePlus, Realme, Xiaomi dan lain-lain. Senarai peranti adalah seperti dibawah.

  1. Asus ZenFone 5Z

  2. Essential PH-1

  3. Nokia 8.1

  4. Huawei Mate 20 Pro

  5. LG G8 ThinQ

  6. OnePlus 6T

  7. Oppo Reno

  8. Realme 3 Pro

  9. Sony Xperia XZ3

  10. Tecno Spark 3Pro

  11. Vivo X27

  12. Vivo NEX S

  13. Vivo NEX A

  14. Xiaomi Mi Mix 3 5G

  15. Xiaomi Mi 9

  16. Pixel

  17. Pixel XL

  18. Pixel 2

  19. Pixel 2 XL

  20. Pixel 3

  21. Pixel 3 XL


Versi beta ketiga ini lebih stabil berbanding versi beta awal tetapi harus diingat, ia masih lagi diperingkat dimana pembangun menguji aplikasi mereka pada sistem. Justeru itu, ia mungkin terdapat kelemahan dan gangguan sebelum versi stabil dilepaskan pada pengguna sekitar September depan.