Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Memperkenalkan Kasut Pintar Bersama Cip Intel

Xiaomi Memperkenalkan Kasut Pintar Bersama Cip Intel

Diterbitkan Mac 10, 2017 · Dikemas kini Mac 10, 2017 oleh Haikel Areff

Xiaomi seperti yang kita tahu sentiasa mencipta pelbagai jenis produk. Dari telefon sehinggalah ke mesin-mesin dapur. Tetapi kali ini agak berlainan, kerana mereka telah melancarkan produk yang sangat inovatif bernama 90 minit Ultra Smart Sportswear, walaupun namanya agak cliche dan tidak begitu inovatif.

xiaomi-90-smart-7

Ianya merupakan sepasang kasut berjalan pintar yang dilengkapi dengan cip Intel Curie di dalamnya. Cip tersebut berkebolehan menyimpan segala data kecergasan semasa anda melakukan aktiviti. Berapa jauh anda lari. Berapa banyak kalori dibakar dan pelbagai lagi.

Saiz cip yang dimuatkan ke dalam kasut ini mempunyai saiz yang sangat kecil direka untuk memastikan tekanan dari berat badan anda tidak merosakkan cip tersebut. Jadi anda tidak perlu risau semasa bersenam. Ianya didakwa mampunyai jangka hayat selama 60 hari sebelum ianya perlu dicas semula.

xiaomi-90-smart

Teknologi ini dibangunkan oleh Shanghai Runmi Technology Co Ltd yang memfokuskan kepaa pelari profesional dan atlet. ianya juga dihasilkan bersama ruang roma dan kusyen udara bagi memastikan kaki anda sentiasa segar dan anti-bakteria. Terdapat juga edisi khas yang bercahaya di dalam gelap.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY