Serangan ransomware banyak mensasarkan syarikat-syarikat telekomunikasi dan teknologi.
Berdasarkan kepada laporan terbaru oleh CyberEdge Group, mangsa yang berjaya memperolehi semula data mereka selepas membayar kepada penggodam kerana terkesan dengan serangan ransomware telah meningkat kepada 61.2% berbanding tahun sebelumnya iaitu 49.4% sahaja.
CyberEdge juga mendedahkan, syarikat-syarikat peruncitan adalah organisasi yang paling banyak berdepan dengan serangan ransomware iaitu pada tahap 59.2%. Begitu juga dengan syarikat-syarikat berkaitan teknologi dan komunikasi iaitu pada tahap 57.7%.
Manakala pihak kerajaan dan industri pembuatan masing-masing berdepan serangan ransomware pada tahap 40.6% dan 43.3%.
Secara kasarnya, syarikat-syarikat bersaiz sederhana yang memiliki jumlah pekerja antara 5,000 ke 9,999 orang adalah paling banyak berdepan serangan ransomware iaitu pada tahap 66%.
Sementara 47.8% serangan ransomware berlaku pada organisasi yang memiliki jumlah pekerja antara 500 ke 999 orang.
Berikut adalah senarai 17 buah negara yang paling banyak berdepan dengan serangan ransomware sepanjang 12 bulan yang lalu:-
Kaji selidik dari laporan bertajuk 2019 Cyberthreat Defense Report oleh CyberEdge Group ini melibatkan seramai 1,200 pekerja teknologi maklumat bertauliah dalam 19 bidang industri yang mewakili pelbagai buah negara merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika.
Berkaitan
- Kajian Pelaksanaan ID Digital Nasional Akan Bermula Pada September Ini
- CAPCOM Diserang Ransomware Ragnar Locker
- Biarkan Kereta Dicas Semalaman Di Rumah Bukanlah Cara Yang Betul - Kajian
- Penggodam Menggunakan Helah Terbaru Ini Bagi Menyebarkan Ransomware
- Fasiliti Penyelidikan COVID-19 Diserang Ransomware Selepas Pelajar Memasang Perisian Cetak Rompak
- Mangsa Insiden Serangan Ransomware Ke Atas CAPCOM Meningkat Sehingga 40 Ribu Pengguna
- Serangan Ransomware Di Malaysia Meningkat Sehingga 58% Tahun Ini - Kaspersky
- Canon U.S.A Mengesahkan Insiden Penggodaman Data Melibatkan Ransomware
- Kajian Menunjukkan iPhone Menjadikan Profail Pengguna Lebih Menarik Di Aplikasi Janji Temu
- SKMM Menjemput Penyelidik Kemukakan Kertas Cadangan Program Geran Kajian Masyarakat Digital