Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Canon U.S.A Mengesahkan Insiden Penggodaman Data Melibatkan Ransomware

Canon U.S.A Mengesahkan Insiden Penggodaman Data Melibatkan Ransomware

Diterbitkan November 27, 2020 oleh ariff bukhari

Selepas lebih 3 bulan berlaku, Canon U.S.A mengeluarkan kenyataan rasmi mereka dengan mengesahkan bahawa telah berlakunya satu insiden penggodaman yang melibatkan serangan ransomware ke atas pelayan mereka.

“We determined that there was unauthorized activity on our network between July 20, 2020 and August 6, 2020.” Canon U.S.A

Serangan itu berjaya dikesan Canon U.S.A pada 4 Ogos 2020 lalu.

Canon U.S.A memaklumkan, insiden tersebut menyebabkan berlakunya kecurian data dari pelayan mereka yang melibatkan data-data pekerja mereka terdahulu dan terbaru iaitu dari tahun 2005 hingga 2020.

Data-data yang terjejas dari insiden itu termasuklah nama pekerja, nombor akaun bank, pengesahan elektronik dan lain-lain.

Berikutan itu, Canon U.S.A memaklumkan mereka telah menyiasat perkara itu dengan bantuan firma keselamatan.

Tindakan pencegahan juga telah diambil bagi mengelakkan berlaku perkara sama kemudian hari.

Para pekerja mereka terdahulu pula sudah dimaklumkan tentang insiden tersebut.

Pihak Canon U.S.A menyatakan permohonan maaf kepada pihak yang terjejas atas insiden tersebut.

Sumber: Canon U.S.A

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY