Biarkan Kereta Dicas Semalaman Di Rumah Bukanlah Cara Yang Betul - Kajian

Sekumpulan penyelidik telah menerbitkan satu laporan yang diterbitkan dalam Nature Energy pada 22 September 2022 lalu berkaitan kajian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Amerika Syarikat.

Hasil kajian itu mendapati, pertumbuhan EV yang pesat boleh meningkatkan permintaan elektrik puncak sehingga 25 peratus dengan pengecasan berterusan pada waktu malam di kediaman.

Penyelidik berkata, jika satu pertiga daripada rumah di kawasan kejiranan mempunyai EV dan kebanyakan pemilik terus menetapkan pengecasan bermula pada pukul 11 malam. atau apabila kadar elektrik turun, grid kuasa tempatan boleh menjadi tidak stabil.

{suggest}

Jadi bagi mengehadkan kos tinggi semua kapasiti baharu itu untuk menjana dan menyimpan elektrik, para penyelidik berkata, pemilik EV harus beralih kepada pengecasan di siang hari semasa di tempat kerja atau di stesen pengecas awam.

Sekaligus akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

"Kami menggalakkan penggubal dasar untuk mempertimbangkan kadar utiliti yang menggalakkan caj harian dan memberi insentif pelaburan dalam infrastruktur pengecasan untuk mengalihkan pengguna mengecas kenderaan EV mereka dari rumah ke tempat kerja." kata pengarang kanan bersama kajian itu, Ram Rajagopal, profesor bersekutu Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar di Stanford .

"Kami dapat menunjukkan bahawa dengan kurang pengecasan di rumah dan lebih banyak pengecasan di siang hari, pengguna di A.S. Barat hanya perlukan kapasiti penjanaan dan penyimpanan yang lebih sedikit dan ia tidak akan membazirkan tenaga." kata Powell, Ph.D kejuruteraan mekanikal.

Penyelidik menyatakan, apabila 50 peratus kereta di jalan raya dikuasakan oleh elektrik di A.S. barat—yang mana kira-kira separuh penduduk tinggal di California—lebih daripada 5.4 gigawatt storan tenaga akan diperlukan jika tabiat mengecas mengikut laluan semasa mereka.

Kapasiti itu adalah bersamaan dengan 5 reaktor kuasa nuklear besar. Peralihan besar kepada pengecasan di tempat kerja dan bukannya di rumah akan mengurangkan storan yang diperlukan untuk EV kepada 4.2 gigawatt.

Dalam bulan Februari lalu sahaja, jualan terkumpul EV di California telah mencecah 1 juta unit, mencakupi kira-kira 6% daripada kereta dan trak ringan.

California mensasarkan 5 juta EV di jalan raya menjelang 2030.

Apabila EV mencecah 30% hingga 40% di jalan raya, grid kuasa akan mengalami tekanan yang ketara tanpa pelaburan besar serta tiada perubahan dalam tabiat pengecasan,

Sumber: Stanford