Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CAPCOM Diserang Ransomware Ragnar Locker

Mangsa Insiden Serangan Ransomware Ke Atas CAPCOM Meningkat Sehingga 40 Ribu Pengguna

Diterbitkan Januari 14, 2021 · Dikemas kini Januari 14, 2021 oleh ariff bukhari

Pada tahun lepas iaitu dalam pertengahan bulan November 2020 lalu, syarikat pembangun dan penerbit permainan popular dari Jepun iaitu Capcom telah mengesahkan berlakunya serangan ransomware ke atas mereka.

Sebelum ini Capcom percaya sekitar 350,000 data peribadi pengguna mereka termasuklah data pelanggan, rakan bisnes dan lain-lain terjejas dengan serangan tersebut.

Walaubagaimanapun, Capcom dalam kemas kini terbaru hasil siasatan ke atas insiden tersebut memaklumkan bahawa mereka mengsan lagi sekitar 40 ribu data pengguna telah turut terjejas.

Menjadikan mangsa insiden pencerobohan data Capcom itu mencecah 390 ribu mangsa.

Antara data peribadi yang terjejas daripada insiden tersebut termasuklah nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, gambar, tarikh lahir dan maklumat jantina.

Walaubagaimanapun Capcom menyatakan tiada sebarang data tentang info kad kredit terjejas daripada serangan ransomware itu kerana data-data itu diselia oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

Sehingga kini siasatan terhadap insiden tersebut masih dijalankan oleh pihak Capcom dan akan memaklumkan perkembangan terbaru tentang insiden tersebut dari masa ke semasa sehingga siasatan selesai.

Sumber: Capcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,599
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
©2026 WISER.MY