Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CAPCOM Diserang Ransomware Ragnar Locker

CAPCOM Diserang Ransomware Ragnar Locker

Diterbitkan November 10, 2020 · Dikemas kini November 10, 2020 oleh ariff bukhari

Minggu lalu, seorang penyelidik keselamatan mendedahkan bahawa CAPCOM mungkin telah diserang oleh ransomware.

Serangan itu mula dikesan sejak 2 November lalu selepas sebahagian rangkaian Capcom Group berdepan masalah mengakses sistem, e-mel dan fail pelayan.

https://twitter.com/pancak3lullz/status/1324367146273640448?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1324367146273640448%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fsea.pcmag.com%2Fsecurity%2F40125%2Fcapcom-may-have-been-hit-with-a-ransomware-attack

Penyelidik yang menggunakan nama Pancak3 itu mendapati nota ugutan ransomware telah dihantar kepada pihak CAPCOM.

“HELLO CAPCOM! If you are reading this message, it means your network was PENETRATED and all of your files and data has been ENCRYPTED. If NO deal made than all your Data will be Published and/or Sold through an auction to any third-parties,”” Grup Ragnar Locker ransomware.

Pancak3 dilaporkan telah berjaya menghubungi penggodam dan memaklumkan bahawa penggodam berjaya mengenkrip sebanyak 2,000 pelayan milik Capcom dan meminta Capcom membayar sejumlah USD11 juta.

Malah penggodam mendakwa berjaya mencuri sebanyak 1TB data korporat Capcom termasuklah info peribadi pekerja dan data sulit milik syarikat tersebut.

Pihak CAPCOM pula telah respon dan memaklumkan bahawa mereka sedang mengambil langkah berjaga bagi membaik pulih sistem mereka dan sedang bekerjasama dengan pihak polis bagi menyiasat insiden ini.

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY