Kajian Pelaksanaan ID Digital Nasional Akan Bermula Pada September Ini




Salah satu usaha kerajaan untuk membolehkan rakyat Malaysia yakin berhadapan dengan aktitivi ekonomi digital.






Kerajaan telah mengumumkan inisiatif ID Digital Nasional yang telah pun menerima persetujuaan Jemaah Menteri. Kajian mengenai penggunaannya dijangka akan bermula pada suku keempat tahun ini juga.

ID Digital Nasional merupakan usaha kerajaan untuk membolehkan rakyat Malaysia yakin berhadapan dengan aktitivi ekonomi digital. Inisiatif ini akan diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia manakala kajian terperinci mengenai model pelaksanaannya pula akan dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kajian tersebut akan bermula dalam bulan  September 2019 untuk tempoh sembilan bulan. Kajian ini akan mengenal pasti rangka kerja ID Digital Nasional bagi mencadangkan saranan-saranan kepada kerajaan mengenai model pelaksanaan yang sesuai bagi memenuhi keperluan rakyat, perniagaan dan negara.

Malah kajian ini juga bukan sahaja akan melibatkan pihak kerajaan tetapi pihak swasta dan akademik dengan harapania dapat diselaraskan antara pihak berkepentingan utama daripada semua sektor, industri dan orang awam sekaligus melahirkan mekanisme yang lebih baik untuk pelaksanaan ID Digital Nasional di Malaysia.








ID Digital Nasional bukanlah pula pengganti kepada MyKad atau Kad Pengenalan sedia ada dan ia juga tidak diwajibkan untuk semua.

Sebaliknya, ia adalah satu teknologi pengesahihan dinamik yang direka untuk perniagaan ataupun urusan yang dikendalikan secara dalam talian. ID Digital Nasional diharap akan dapat membantu sesuatu perniagaan itu membuat keputusan yang tepat dan boleh dipercayai dalam masa yang nyata.

Kajian penggunaan ID Digital Nasional ini dijangka akan selesai pada pertengahan tahun 2020 nanti.






Berkaitan