Microsoft telah mengeluarkan amaran kepada para pengguna supaya berhati-hati dengan cubaan terbaru penggodam bagi mengelirukan mereka.
Mirosoft menyatakan, kini penggodam menggunakan helah dengan menyamar sebagai pusat panggilan telefon awam bagi menjangkiti komputer awam dengan perisian hasad yang dikenali sebagai BazarLoader.
Pusat panggilan telefon awam yang juga dikenali dengan nama BazarCall itu kini sedang diburu pihak Microsoft kerana ia menyamar sebagai operator dan menipu pengguna supaya mereka memuat turun seterusnya memasang BazarLoader ke dalam komputer mangsanya.
Peringkat awal serangan penggodam adalah bermula dengan menghantar e-mel palsu kepada mangsanya.
Mangsa yang terpedaya akan menelefon nombor yang diberikan dan dari situlah penggodam mula menipu mangsanya dengan memberikan panduan untuk memuat turun dan memasang perisian hasad BazarLoader ke dalam komputer mereka.
Kemudian apabila selesai proses memasang perisian hasad itu, penggodam akan mula menjangkiti komputer mangsa dengan ransomware.
We're tracking an active BazaCall malware campaign leading to human-operated attacks and ransomware deployment. BazaCall campaigns use emails that lure recipients to call a number to cancel their supposed subscription to a certain service. pic.twitter.com/RS5wGSndhv
— Microsoft Security Intelligence (@MsftSecIntel) June 22, 2021
Microsoft memfokuskan kepada pengguna yang melanggan servis Office 365 di platfom sistem operasi Windows yang kini menjadi sasaran utama penyerang setakat ini.
Sumber: ZDNet