OnePlus
Mula diperkenalkan pada 2013, iaitu kira-kira 6 tahun lalu, OnePlus merupakan pengeluar telefon pintar yang berpusat di China. Ia dimiliki oleh Pete Lau dan Carl Pei.
Dengan tagline "Never Settle", OnePlus terkenal dengan pembuatan peranti yang direka dengan binaan kualiti premium serta perkakasan yang berprestasi tinggi pada harga yang rendah berbanding pesaing lain.
Jika ada yang masih ingat, apabila OnePlus melancarkan telefon pintar pertama iaitu OnePlus One pada tahun 2014, ia digelar sebagai "Flagship killer". Semenjak itu, terma tersebut mula digunakan secara meluas oleh media dan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi peranti mercu.
Di awal kemunculannya juga, pembelian telefon pintar Oneplus adalah menggunakan sistem jemputan dimana hanya pelanggan yang berjaya menerima jemputan sahaja yang dapat membelinya.
OnePlus kemudian telah menamatkan sistem tersebut setelah pelancaran OnePlus 3 pada 2016 yang diadakan dengan menggunakan teknologi Virtual Reality.
Dari tahun ke tahun, OnePlus telah menawarkan pelbagai peranti mercu, fon telinga tanpa wayar, pengecasan tanpa wayar, televisyen dan sebagainya. Sehingga kini, jenama OnePlus telah ditawarkan di lebih 34 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Bagaimanapun, tidak seperti di awal kemunculannya yang menawarkan harga berpatutan, peningkatan harga peranti mercu OnePlus mula menjadi keluhan ramai pengguna.
OnePlus Nord
Pada Jun lalu, OnePlus dikhabar akan melancarkan OnePlus Z. Namun, tidak lama kemudian, OnePlus mengesahkan ianya adalah OnePlus Nord.
Setelah 6 tahun berlalu, OnePlus memperluaskan portfolio telefon pintar dengan barisan produk baharu di bawah OnePlus Nord. Menerusi OnePlus Nord, ia dijangka menawarkan pelbagai produk pada segmen harga yang lebih berpatutan.
Kewujudan produk baharu di bawah OnePlus Nord dikatakan adalah hasil maklum balas dari komuniti pengguna OnePlus yang semakin meningkat, dimana mereka memerlukan telefon pintar dengan harga yang lebih berpatutan dan dalam masa yang sama menggabungkan ciri-ciri peranti mercu OnePlus.
CEO OnePlus, Pete Lau berkata, pelancaran barisan produk di bawah OnePlus Nord adalah permulaan baharu dalam jenama OnePlus. Selepas 6 tahun memfokuskan kepada pembuatan peranti mercu, OnePlus Nord bakal menawarkan ciri-ciri premium OnePlus pada harga yang berpatutan.
https://www.instagram.com/p/CCncDEjJtQO/
Jika OnePlus 3 dilancarkan melalui Virtual Reality, OnePlus Nord pula menjadi yang pertama akan dilancarkan dengan menggunakan teknologi Augmented Reality pada 21 Julai ini. OnePlus Nord juga telah mengedarkan beberapa kad jemputan kepada pihak media.
Berkesempatan itu, kami di Wiser telah menerima OnePlus Nord AR Launch Invite daripada pihak OnePlus Nord Malaysia. OnePlus Nord AR Launch Invite didatangkan dengan mekanisma gelongsor yang menjadikannya lebih menarik.
Apabila digelongsorkan jemputan tersebut, ia mengandungi kadbod AR dimana acara pelancaran OnePlus Nord akan berlangsung. Kadbod AR tersebut boleh diimbas dengan menggunakan mana-mana telefon pintar.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk atau pelancaran OnePlus Nord pada 21 Julai ini, lawati Instagram (@oneplus.nord.my) atau portal www.oneplus.com/global/nord-my
Berkaitan
- OnePlus Perkenal Ace 2 Pro - Dilengkapi RAM 24GB, Storan Sehingga 1TB
- Ura-Ura: Lensa Periskop Mungkin Hadir Untuk Peranti OnePlus Akan Datang
- Rekaan Penuh OnePlus Open Tertiris, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
- OnePlus Bagi 'Hint' Nama Telefon Lipat Pertamanya
- Pembangunan OnePlus 9 Dilaporkan Telah Bermula, Dijangka Hadir April Tahun Hadapan
- OnePlus 9 Terima Penarafan A+ DisplayMate, Sahkan Panel Paparan
- Xiaomi 15, OnePlus 13 Dilapor Akan Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Ultrasonik
- Kemaskini Android 11 Mula Dilepaskan Kepada Peranti Pixel, OnePlus, Xiaomi, realme Dan OPPO
- Peranti OnePlus Akan Datang Bakal Hadir Dengan Sokongan 5G
- OnePlus 10T 5G Rasmi Dilancar, Hadir Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1