Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Open_leak1

OnePlus Bagi ‘Hint’ Nama Telefon Lipat Pertamanya

Diterbitkan Julai 27, 2023 · Dikemas kini Julai 27, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Samsung baru sahaja melancarkan sejumlah produk, termasuk Galaxy Z Flip5 dan Fold5, Galaxy Watch6 serta Galaxy Tab S9.

Tidak mahu ketinggalan, OnePlus telah memberikan respon mengenai acara pelancaran Samsung itu.

Berkaitan

  • OnePlus Fold Mungkin OPPO Find N3 Versi Global, Lancar Ogos Ini
  • OnePlus Open Dijangka Akan Dilancar Pada 29 Ogos
  • OnePlus Open Bakal Menjadi Pesaing Terbaru Dalam Segmen Boleh Lipat

Menerusi platform X, OnePlus memuat naik ciapan yang dipercayai merujuk kepada telefon lipat pertamanya, dengan menyatakan “Kami OPEN bila orang lain FOLD”.

We OPEN when others FOLD

— OnePlus (@oneplus) July 26, 2023

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, ciapan OnePlus cukup mengesahkan nama OnePlus Open akan digunakan untuk telefon lipat pertamanya.

Selain itu, penggunaan “Fold” juga secara tidak langsung memberikan gambaran OnePlus Open akan bersaing dalam segmen telefon lipat yang sama seperti Galaxy Z Fold5, dan bukannya Flip5.

Terdahulu, spekulasi mengatakan OnePlus Open berkemungkinan adalah OPPO Find N3 versi global, dengan dimuatkan janaan cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama sokongan memori LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Peranti ini dikatakan bakal dilancarkan pada 29 Ogos 2023.

Namun, buat masa ini, belum ada sebarang pengumuman mengenai pelancaran OnePlus Open.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY