Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OnePlus Perkenal Ace 2 Pro – Dilengkapi RAM 24GB, Storan Sehingga 1TB

Posted on Ogos 17, 2023Ogos 17, 2023

OnePlus telah mengumumkan Ace 2 Pro dengan sejumlah spesifikasi menarik, termasuk sehingga 24GB RAM, sokongan pengecasan 150W dan sebagainya.

{suggest}

Dari segi luarannya, OnePlus Ace 2 Pro membawakan rekaan yang sama seperti OnePlus 11. Ia dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.74-inci dengan resolusi 2772×1240p serta sokongan kadar segar semula 120Hz dan maksimum kecerahan 1,600 nit.

Di bahagian dalam peranti, ia dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan gandingan sehingga 24GB RAM LPDDR5X dan 1TB storan berasaskan UFS 4.0. Bukan yang pertama, Nubia RedMagic 8S Pro+ sebelum ini turut dilancarkan dengan RAM sebesar 24GB.

Beralih ke bahagian kamera, Ace 2 Pro menampilkan tetapan tiga lensa, iaitu 50MP IMX890 utama dengan OIS, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Sementara kamera hadapan didatangkan dengan lensa 16MP.

Bagi menghidupkan peranti, Ace 2 Pro dimuatkan kapasiti bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 150W.

Antara lainnya, ia hadir dengan sokongan Bluetooth 5.3, Color OS 13.1 berasaskan Android 13, pembesar suara dwi-stereo, IR blaster, NFC, sensor cap jari bawah paparan dan Wi-Fi 7.

Harga

Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu Aurora Green dan Titanium Gray. OnePlus Ace 2 Pro hanya tersedia untuk pasaran China sahaja, dengan harga berikut.

  • 12GB+256GB – 2,999 yuan (~RM1,923)
  • 16GB+512GB – 3,399 yuan (~RM2,180)
  • 24GB+1TB – 3,999 yuan (~RM2,565)

Terdahulu, Ace Pro telah dilancarkan di luar pasaran China sebagai OnePlus 10T. Untuk Ace 2 Pro, tidak diketahui jika ia akan hadir di pasaran global sebagai OnePlus 11T atau sebaliknya. Tambahan pula, OnePlus awal tahun ini mendakwa tidak akan melancarkan siri-T pada 2023.

  • Beli produk OnePlus di Shopee: https://invl.io/cljl1no
  • Beli produk OnePlus di Lazada: https://invol.co/cljl1o4

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress