OnePlus 10T 5G Rasmi Dilancar, Hadir Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1

OnePlus secara rasmi sebentar tadi telah melancarkan OnePlus 10T 5G untuk pasaran global.



Menjengah spesifikasi, OnePlus 10T 5G dilengkapi panel Fluid AMOLED bersaiz 6.7 inci dengan resolusi 2412 x 1080 piksel, menyokong kadar segar semula 120Hz adaptif serta HDR10+. Input sentuhan pula setinggi 720Hz.

Dijanakan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 dengan Adreno 730, ia digandingkan bersama RAM sehingga 16GB berasaskan LPDDR 5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS3.1. Menambah sokongan pada OnePlus 10T 5G adalah 3D Cooling System 2.0.



Untuk tujuan fotografi, OnePlus 10T 5G dilengkapi tetapan 3 lensa dengan 50MP (IMX766) utama dengan 1/1.56" OIS, 8MP ultra-lebar, dan 2MP makro. Kamera swafoto didatangkan dengan sensor 16MP. Untuk rakaman video pula, ia menyokong rakaman sehingga 4K@60fps/30fps.



OnePlus 10T 5G dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4800mAh bersama sokongan pengecasan 150W SuperVOOC melalui port USB-C. Menurut OnePlus, pengisian penuh boleh dilakukan dalam tempoh 10 minit dengan menggunakan pengecasan berwayar 150W.



Mengisi antara muka OnePlus 10T 5G adalah OxygenOS 13 yang baharu sahaja diperkenalkan, dengan berasaskan sistem operasi Android 12. Bagi memberikan pengalaman permainan yang lebih stabil dan responsif, ia juga hadir dengan ciri HyperBoost Gaming Engine.

 OnePlus 10T 5G

Untuk warna, ia didatangkan dengan 2 pilihan iaitu Moonstone Black dan Jade Green. Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 5.2, 5G, NFC, dan sebagainya.



Harga yang ditawarkan untuk OnePlus 10T 5G adalah seperti berikut:

  • 8GB +128GB - $649 (~RM2890)

  • 16GB + 256GB - $749 (~RM3336)


OnePlus 10T 5G akan tersedia untuk pasaran Malaysia pada awal September ini dan boleh didapati melalui Lazada, Shopee dan sebagainya.