Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus9 pro__

OnePlus 9 Terima Penarafan A+ DisplayMate, Sahkan Panel Paparan

Diterbitkan Mac 16, 2021 oleh Amalina Athman

Menjelang pelancaran yang akan berlangsung tidak lama lagi, OnePlus kini telah mendedahkan beberapa lagi maklumat mengenai siri OnePlus 9. Menerusi perkongsian di Weibo, OnePlus mengesahkan siri OnePlus 9 memperoleh skor A+ bagi gred prestasi skrin DisplayMate.

panel LTPO OnePlus 9
OnePlus 9 Terima Penarafan A+ DisplayMate, Sahkan Panel Paparan

Selain prestasi skrin, OnePlus juga mengumumkan peranti ini bakal dilengkapi panel LTPO dengan resolusi 2K serta kadar segar semula 120Hz. Ia turut mempunyai sokongan 10bit color Depth serta tahap penyesuaian kecerahan dengan maksimum 8192.

Dengan penggunaan panel LTPO, ianya adalah lebih jimat kuasa berbanding panel LTPS yang digunakan pada kebanyakan telefon pintar.

Untuk lain-lain spesifikasi, dijangka lebih banyak mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa, menjelang pelancaran yang akan berlangsung pada 23 Mac 2021.

Sumber: Weibo OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY