Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Semua Telco Dikehendaki Kemukakan Cadangan Pakej Jalur Lebar Baru Kepada SKMM Selewat-lewatnya 30 September Ini

Posted on September 17, 2018September 17, 2018

Sebelum ini kita telah diberitakan tentang arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi & Multimedia, Y.B Gobind Singh Deo, yang mana beliau mahu harga perkhidmatan internet turun sebelum 31 Ogos disamping mengemukakan pakej baru kepada SKMM. Sekiranya gagal berbuat demikian, penyedia perkhidmatan bakal dikenakan tindakan.

Berdasarkan tweet beliau dua hari lalu, semua telco telah diberikan tempoh baru iaitu 30 September ini dimana permohonan lanjutan 2 tahun telah ditolak.

Semua telco perlu kemukakan cadangan pakej baru ke SKMM sebelum 31 Ogos. Permohonan dibuat utk lanjutan masa 2 thn. Kita tolak. Lanjutan diberi kpd 30 Sept. Ini krn SST dilaksana pd 1 Sept dan perlu selesaikan isu2 tertentu spt prepaid dulu. Tiada lanjutan masa lagi diberikan.

— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) September 16, 2018

Saya berharap selepas cadangan pakej2 baru dikemukakan ke SKMM pada 30 Sept ini, kita boleh laksanakan dan selepas itu lihat harga jalur lebar turun dan kelajuannya meningkat menjelang hujung tahun ini.

— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) September 16, 2018

Hal ini kerana pada 1 September yang lalu cukai SST mula dilaksanakan dan isu-isu seperti prabayar perlu diselesaikan terlebih dahulu. Beliau turut menegaskan tiada lagi lanjutan masa akan diberikan kepada telco.

Menjawab soalan mengenai pakej baru, Gobind menyatakan ia perlu diwujudkan atas kapasiti pada teras yang baru dan beliau akan mengadakan mesyuarat dengan semua telco selepas 30 September ini.

Setuju. Pakej baru perlu pastikan kapasiti pd teras yg baru. Itu sebabnya sbgai contoh, saya minta @myTMgroup respon nyatakan tindakan yg akan diambil utk Streamyx. Kalau infra tak izinkan, maka perlu ada penyelesaiannya. Saya akan bermesyuarat dgn semua telco slps 30 Sept ini. https://t.co/V3oL7Rwmd0

— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) September 16, 2018

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress