Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-08-28 at 12.26.09 PM

“Turunkan Harga Perkhidmatan Internet Sebelum 31 Ogos, Atau Bakal Dikenakan Tindakan” – Menteri Komunikasi & Multimedia

Diterbitkan Ogos 28, 2018 · Dikemas kini Ogos 28, 2018 oleh Haikel Areff

Penyedia perkhidmatan internet atau telco di negara ini diingatkan supaya menurunkan harga langganan bagi perkhidmatan mereka sebelum 31 Ogos ini. Peringatan itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo dalam kenyataan akhbarnya semalam, lapor The Star Online.

Kementerian beliau sebelum ini telah menetapkan 31 Julai sebagai tarikh akhir untuk semakan semula harga pakej jalur lebar bagi penyedia perkhidmatan di negara ini. Namun, mengambil kira beberapa permohonan bagi lanjutan tempoh yang diterima, kementerian tersebut telah memberi tempoh tambahan selama satu bulan sehingga hujung bulan ini.

“Turunkan Harga Perkhidmatan Internet Sebelum 31 Ogos, Atau Bakal Dikenakan Tindakan” – Menteri Komunikasi & Multimedia

Bagaimanapun, sehingga kini hanya dua syarikat sahaja yang telah menurunkan harga atau mengemaskini pakej internet mereka iaitu Telekom Malaysia(TM) Bhd dan Maxis Bhd. Semua telco lain diingatkan agar melaksanakan arahan ini bagi mematuhi Mandatory Standard on Access Pricing(MSAP) yang telah ditetapkan.

Sekiranya gagal, penyedia perkhidmatan akan dikenakan tindakan keras daripada pihak kementerian. Gobind turut menegaskan bahawa pihaknya akan membantu syarikat telco dalam menyediakan perkhidmatan lebih baik, lebih pantas dan lebih murah sebelum berakhirnya tahun hadapan.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY