Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
18MP Center Stage iPhone 17_6

Semua iPhone Terbaru Dilengkapi Kamera 18MP Centre Stage – Ini Kelebihannya

Diterbitkan September 10, 2025 · Dikemas kini September 10, 2025 oleh Amalina Athman

Semua model iPhone baharu kini dilengkapi kamera hadapan 18MP dengan sokongan Centre Stage, serta menampilkan sensor berbentuk segi empat sama yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada iPhone.

18MP Center Stage iPhone 17_8

Tidak seperti sensor tradisional dengan nisbah 4:3, format baharu ini memberikan lebih ruang di sekeliling bingkai untuk hasil rakaman yang lebih fleksibel.

18MP Center Stage iPhone 17_9
18MP Center Stage iPhone 17_0

Menariknya, pengguna tidak lagi perlu memutarkan iPhone untuk mengambil swafoto dalam mod landskap. Sama ada foto atau video, rakaman boleh dilakukan dalam mod potret mahupun landskap walaupun iPhone dipegang secara menegak.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/09/10103707/Apple-iPhone-17-Pro-camera-Center-Stage-250909.mp4

Untuk swafoto berkumpulan, Centre Stage menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi meluaskan pandangan secara automatik, dan boleh beralih daripada potret ke landskap bagi memuatkan semua orang dalam satu bingkai.

18MP Center Stage iPhone 17_4
18MP Center Stage iPhone 17_01
18MP Center Stage iPhone 17_02
Dual Capture

Kamera hadapan ini turut menyokong rakaman video ultra stabil dalam 4K HDR, selain membolehkan rakaman serentak menggunakan kamera hadapan dan belakang melalui ciri Dual Capture.

18MP Center Stage iPhone 17

Bukan itu sahaja, semasa panggilan video di FaceTime atau aplikasi pihak ketiga, Centre Stage memastikan pengguna sentiasa kelihatan stabil dan kekal dalam bingkai skrin.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • iPhone 17 Pro Rasmi - 'Vapor Chamber', 8x Zum, Storan Sehingga 2TB, Harga Bermula RM5499
  • Ini Senarai Penuh Harga Siri iPhone 17, iPhone Air - Prapesan Mulai 12 September
  • Apple Sahkan iOS 26 Tiba 16 September Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY