Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga iPhone 17 Pro

Ini Senarai Penuh Harga Siri iPhone 17, iPhone Air – Prapesan Mulai 12 September

Diterbitkan September 10, 2025 ยท Dikemas kini September 10, 2025 oleh Amalina Athman

Apple baru sahaja melancarkan sejumlah produk baharu, termasuk empat model iPhone yang terdiri daripada iPhone 17, iPhone Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.

Antara pembaharuan pada model tahun ini termasuk sokongan ProMotion 120Hz dan kamera Dual Fusion 48MP untuk model asas serta pengenalan iPhone Air yang menggantikan model Plus. Sementara itu, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max hadir dengan teknologi vapor chamber, sistem tiga kamera 48MP serta kamera hadapan 18MP Center Stage.

iPhone 17
iPhone 17
iPhone 17 Air_
iPhone Air
iPhone 17 Pro_7
iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max

Bagi pasaran Malaysia, prapesan boleh dilakukan melalui laman rasmi Apple bermula 12 September 2025, jam 8.00 malam, manakala jualan rasmi pada 19 September 2025.

Harga rasmi siri iPhone 17, iPhone Air

Berikut merupakan senarai penuh harga yang ditawarkan bagi barisan iPhone 17 dan iPhone Air untuk pasaran Malaysia:

iPhone 17

  • 256GB – RM3,999
  • 512GB – RM4,999

iPhone Air

  • 256GB – RM4,999
  • 512GB – RM5,999
  • 1TB – RM6,999

iPhone 17 Pro

  • 256GB – RM5,499
  • 512GB – RM6,499
  • 1TB – RM7,499

iPhone 17 Pro Max

  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999
  • 2TB – RM9,999

Perlu diketahui bahawa harga yang disenaraikan adalah tanpa perlindungan tambahan AppleCare+.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • iPhone 17 Kini Rasmi - 120Hz ProMotion, Storan Kini Bermula 256GB
  • Apple Perkenal iPhone Ternipis, iPhone Air Dengan eSim Sahaja
  • iPhone 17 Pro Rasmi - 'Vapor Chamber', 8x Zum, Storan Sehingga 2TB, Harga Bermula RM5499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY