BPN 2.0 merupakan salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan COVID-19. Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.
Dengan itu, Kerajaan mengumumkan tiada permohonan atau kemas kini yang perlu dibuat bagi mereka yang telah menerima bantuan sebelum ini.
Semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat pada 15 Oktober 2020 melalui portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/. Namun, jika tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu juga boleh dibuat pada tarikh yang sama.
Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua fasa. Pertamanya pada penghujung Oktober 2020 dan keduanya, pada Januari 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0, layari portal rasmi BPN.
Sumber: LHDN
Berkaitan
- Kemaskini iOS 14.3 Dilepaskan - Hadir Dengan Sokongan ProRAW Untuk iPhone 12 Pro, Apple Fitness+, Dan Lain-Lain
- Apple Dijangka Tangguhkan Pengenalan Set Kepala AR/VR Sehingga Jun
- Kemas Kini iOS 17.1.1 Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat
- Siri Xiaomi 13 Bakal Tiba Di Malaysia Pada Minggu Depan
- Pengeluar China Atasi Samsung Display Dalam Pasaran Panel Boleh Lipat
- KKMM: Pelaksanaan JENDELA Berada Di Landasan Tepat Untuk Capai Sasaran
- Microsoft, Google, Cisco, Dell Sertai Facebook Dakwa Syarikat Sekuriti Siber Dari Israel
- Sony Xperia 1 II Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4,999
- Salah Faham Selesai, Apple Tak Pernah Bercadang Keluarkan Twitter Daripada App Store
- Apple Watch Series 9 Dikatakan Akan Ada Pilihan Warna Baru