Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BOE OLED – The Economic

Pengeluar China Atasi Samsung Display Dalam Pasaran Panel Boleh Lipat

Diterbitkan Februari 1, 2024 · Dikemas kini Februari 1, 2024 oleh Amalina Athman

BOE, pengeluar panel terbesar di China, kini mengambil alih kedudukan teratas Samsung Display dalam pasaran panel boleh lipat.

Berkaitan

  • Samsung Display Dilaporkan Buat Persediaan Untuk Tempahan iPhone Dan iPad Boleh Lipat

Menurut firma penyelidikan pasaran Display Supply Chain Consultants (DSCC), BOE mempunyai pegangan pasaran dalam sektor panel boleh lipat yang melonjak daripada 16% pada suku ketiga kepada 42% bagi suku keempat 2023.

Sebaliknya, pegangan Samsung Display dalam pasaran menjunam daripada 76% kepada 36% dalam tempoh yang sama – menandakan tahap terendah sejak suku pertama 2021.

BOE overtook Samsung Display in foldable panel shipments in Q4'23 and Huawei overtook Samsung in foldable panel procurement!https://t.co/dZBhx6VMgk pic.twitter.com/BvlQVD2mMt

— Ross Young (@DSCCRoss) January 29, 2024

Untuk rekod, Samsung Display telah mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju penghantaran panel boleh lipat bagi setiap suku tahunan sejak memasuki pasaran boleh lipat pada suku ketiga 2019, kecuali untuk suku pertama 2021.

Walau bagaimanapun, penurunan ketara dalam penghantaran panel untuk model Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 pada suku keempat tahun lalu, disebabkan oleh prestasi jualan yang lemah oleh Samsung Electronics, menjadi antara punca kejatuhannya dalam pasaran.

Sementara BOE – disokong dengan kejayaan telefon pintar Huawei – meningkatkan volume bekalan panelnya sebanyak 68% dalam tempoh yang sama. Perolehan panel boleh lipat Huawei pada suku keempat meningkat sebanyak 122% berbanding suku sebelumnya.

DSCC menjangkakan Samsung Display akan merampas semula kedudukannya dalam segmen panel boleh lipat pada suku pertama tahun ini. Tambahan pula, Samsung Electronics dikatakan bakal memperkenal versi telefon boleh lipat berharga lebih rendah.

Sumber: Business Korea

Gambar utama: The Economic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY