Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JENDELA 2020

KKMM: Pelaksanaan JENDELA Berada Di Landasan Tepat Untuk Capai Sasaran

Diterbitkan April 6, 2021 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah memaklumkan pelaksanaan JENDELA setakat ini telah mencapai kesemua sasaran suku kedua yang ditetapkan dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran seterusnya.

Menurutnya, Fasa 1 JENDELA sudah pun bermula dan akan berterusan sehingga 2022, dengan memberi fokus kepada usaha memperluaskan akses jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit kepada 7.5 juta premis, memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih kepada 96.9% di kawasan berpenduduk dan mempertingkatkan kelajuan jalur lebar daripada 25Mbps kepada 35Mbps.

Selain itu, fasa ini turut melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021, bagi memantapkan rangkaian 4G dan memperkukuhkan rangkaian asas bagi 5G.

Seperti yang diketahui, pelaksanaan rangkaian 5G turut dipercepatkan setahun lebih awal daripada sasaran awal iaitu pada tahun 2022 kepada suku keempat 2021.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan pencapaian semasa JENDELA akan diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam taklimat Laporan Suku Kedua JENDELA pada 7 April 2021.

Sumber: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY