Bantuan Prihatin 2.0 Sehingga RM1000 Akan Disalurkan Bermula Hujung Oktober

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan pusingan kedua bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 melalui Bantuan Prihatin Nasional 2.0.

Bantuan ini ditujukan untuk rakyat Malaysia untuk memudahkan dan meringankan beban yang dihadapi ketika pandemik Covid-19.

Sebanyak RM7 billion akan diserahkan kepada 10.6 juta rakyat yang terlibat. Ini merupakan golongan dan bantuan yang akan diterima:

  • B40 bujang sebanyak RM500

  • B40 isi rumah sebanyak RM1,000

  • M40 bujang sebanyak RM300

  • M40 isi rumah sebanyak RM600




Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua ansuran. Pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021.

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 ini.

Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

Berkaitan