Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
self service repair

‘Self Service Repair Store’ Dilancarkan, Boleh Baiki Sendiri iPhone

Diterbitkan April 28, 2022 oleh Nadiah Ab

Apple baru sahaja melancarkan “Self Service Repair Store” atau Kedai Pembaikan Layan Diri, membolehkan pelanggan iPhone untuk mendapatkan alatan dan manual yang boleh digunakan untuk membaiki sendiri peranti.

Kedai ini membolehkan pembaikan komponen iPhone SE, iPhone 12 dan iPhone 13, termasuk penggantian paparan, bateri dan kamera.

Apple juga berkata mereka akan melancarkan pembaikan layan diri Mac akhir tahun ini.

Alatan dan alat ganti yang tersedia melalui Kedai Pembaikan Layan Diri adalah sama seperti yang diberikan oleh pasukan pembaikan Apple sendiri.

Satu set alatan lengkap boleh disewa selama seminggu, pada harga $49 (~RM214), buat pelanggan yang tidak mahu membeli alatan untuk satu pembaikan.

Segala alat dari kedai ini juga boleh dibeli secara berasingan, untuk disimpan.

Menariknya, pelanggan juga boleh memulangkan semula komponen lama kepada Apple di mana ia akan dikitar semula. Pelanggan kemudian akan menerima kredit bayaran balik separa atas pemulangan tersebut.

Buat masa ini, “Self Service Repair Store” Apple hanya tersedia di Amerika Syarikat.

Dilaporkan ia akan diperluas ke negara lain, bermula dengan Eropah akhir tahun ini.

Sumber: Siaran akhbar Apple

Baca juga:

  • M2 Belum Keluar Tapi Apple Dikatakan Sedang Bangunkan iMac Dengan Cip M3
  • Samsung Mungkin Menjadi Pembekal Cip M2 Untuk Apple
  • Apple Akan Buang Aplikasi Yang Dah Lapuk Dari App Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY