Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple app store

Apple Akan Buang Aplikasi Yang Dah Lapuk Dari App Store

Diterbitkan April 25, 2022 · Dikemas kini April 25, 2022 oleh Nadiah Ab

Apple dilaporkan telah memberi amaran kepada pembangun-pembangun aplikasi bahawa mereka akan menghapus aplikasi daripada “App Store” sekiranya tidak “dikemas kini dalam tempoh yang lama.”

Berikutan itu, beberapa pembangun telah menyuarakan hal ini di laman Twitter mereka.

Salah satunya, Protopop Games, berkongsi tangkap layar e-mel yang dihantar oleh Apple:

I feel sick. Apple just sent me an email saying they're removing my free game Motivoto because its more than 2 years old.

It's part of their App improvement system.

This is not cool. Console games from 2000 are still available for sale.

This is an unfair barrier to indie devs. pic.twitter.com/7XNcLfiEcR

— Protopop Games (@protopop) April 23, 2022

Walaupun tuntutan dari Apple untuk mengemas kini aplikasi mereka dengan API terbaharu Apple boleh meningkatkan pengalaman pengguna dalam peranti yang lebih baru, ia juga telah menyebabkan banyak kontroversi.

Seperti yang dinyatakan oleh pembangun, Emilia Lazer-Walker, beberapa aplikasi permainan lamanya telah dibuang dari App Store sebelum ini.

https://twitter.com/lazerwalker/status/1517849201148932096?s=21

Ramai pengkritik berpendapat aplikasi mudah alih seharusnya dibiarkan sahaja tersedia tidak kira usianya setua mana pun.

Berdasarkan kenyataan dari halaman “App Store Improvements” oleh Apple, syarikat tersebut ingin memastikan aplikasi yang tersedia di App Store berfungsi dan dikemas kini.

“We are implementing an ongoing process of evaluating apps, removing apps that no longer function as intended, don’t follow current review guidelines, or are outdated.”

Sumber: The Verge

  • Semua Aplikasi Di Play Store Tidak Lagi Dibenarkan Rakam Panggilan Mulai Bulan Depan
  • Hati-Hati Dengan Pautan Ini Di Aplikasi WhatsApp
  • 2 Aplikasi Android Ini Didapati Menyebabkan Isu Bateri Dan Peranti Terlebih Panas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY