Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UK Haramkan TikTok Pada Peranti Penjawat Awam Berkuat Kuasa Serta-Merta

Selepas TikTok, Montana Sekat 3 Lagi Aplikasi Media Sosial Dari Peranti Kerajaan

Diterbitkan Mei 19, 2023 · Dikemas kini Mei 19, 2023 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Montana sebagai negeri pertama di AS yang melarang penggunaan aplikasi TikTok terhadap penduduknya.

Tetapi kini kerajaan negeri itu dilaporkan menyekat 3 lagi platform media sosial dari dipasang di dalam peranti kerajaan iaitu Telegram, WeChat dan Temu.

Larangan ini sekaligus menunjukkan bahawa Gabenor Montana, Greg Gianforte menyasarkan aplikasi yang mempunyai hubungan dengan China, memandangkan ByteDance, pemilik Temu Pinduoduo dan pemilik WeChat, Tencent semuanya berpangkalan di negara itu.

TikTok is just one app tied to foreign adversaries. Today I directed the state’s Chief Information Officer to ban any application that provides personal information or data to foreign adversaries from the state network. pic.twitter.com/92Im6D9Jgx

— Governor Greg Gianforte (@GovGianforte) May 17, 2023

Manakala Telegram pula dakwa gabenor itu ia diasaskan di Rusia dan menuduh kerajaan Rusia menggunakan aplikasi itu untuk memantau pengguna dan mendapatkan maklumat peribadi, sensitif dan sulit.

Dasar baharu Montana itu akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini. Senarai peranti yang tidak boleh mempunyai aplikasi-aplikasi itu meliputi semua telefon pintar keluaran negeri, komputer riba, tablet, komputer meja dan peranti lain yang bersambung dengan Internet.

Larangan itu bukan sahaja terpakai kepada kakitangan kerajaan tetapi juga mana-mana firma pihak ketiga yang menjalankan perniagaan untuk atau bagi pihak Negeri Montana tidak akan  dibenar menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut.

Berkaitan

  • Montana Negeri Pertama AS Yang Bakal Sekat Aplikasi TikTok
  • Nothing Phone (2) Sah Dijana Cip Snapdragon 8+ Gen 1
  • OpenAI Lancar Aplikasi ChatGPT Untuk iOS

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY