Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok block

Montana Negeri Pertama AS Yang Bakal Sekat Aplikasi TikTok

Diterbitkan April 19, 2023 · Dikemas kini April 20, 2023 oleh ariff bukhari

Apple dan Google bakal dilarang daripada menawarkan aplikasi TikTok di stor mereka selepas kerajaan negeri di Montana, Amerika Syarikat meluluskan penguatkuasaan larangan terhadap penggunaan aplikasi itu di dalam negeri tersebut.

Ia juga sekaligus menjadikan Montana sebagai negeri pertama di AS yang melarang penggunaan aplikasi TikTok terhadap penduduknya.

Sekatan ke atas aplikasi popular China itu akan mula dikuat kuasakan dalam tahun 2024 akan datang.

Tetapi dijangkakan sekatan itu akan mendapat tentangan undang-undang sebelum ia dikuat kuasakan.

TikTok sebelum ini menyatakan bahawa cadangan larangan penggunaan aplikasi itu di Montana akan menjejaskan perniagaan kecil yang bergantung pada aplikasi tersebut.

“Kami akan terus memperjuangkan hak pengguna dan pencipta kandungan TikTok di Montana yang mata pencarian dan hak Pindaan Pertama mereka terancam oleh tindakan melampaui batas kerajaan ini.” Jurucakap TikTok.

Berkaitan

  • Hanya Bayar RM50 Untuk Saman PDRM Yang Dikeluarkan Tahun 2022 Dan Sebelumnya
  • Kuota Internet Tambahan Percuma Untuk Pelan Prabayar Sempena Aidilfitri - Fahmi
  • Samsung Kembali Atasi Apple, Xiaomi, OPPO Dan vivo

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY