Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone2_SD8+Gen1

Nothing Phone (2) Sah Dijana Cip Snapdragon 8+ Gen 1

Diterbitkan Mei 18, 2023 · Dikemas kini Mei 18, 2023 oleh Amalina Athman

Cip pemproses yang akan menguasakan Nothing Phone (2) secara rasminya kini disahkan oleh Carl Pei selaku CEO Nothing.

Berkaitan

  • Carl Pei Sahkan Nothing Phone (2) Yang Akan Keluar Tahun Ini Lebih Premium
  • Cip Pemproses Nothing Phone (2) Secara Tidak Sengaja Didedahkan

Menerusi ciapan di Twitter, Pei mengumumkan Phone (2) akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1. Sekali gus, ia mengesahkan maklumat yang tidak sengaja didedahkan sebelum ini.

Tambahnya, akan terdapat naik taraf ketara berbanding Phone (1) yang dijana cip Snapdragon 778G+. Pei mendedahkan kelajuan untuk membuka aplikasi pada Phone (2) akan menjadi dua kali lebih pantas berbanding pendahulunya.

There has been a lot of discussion ever since we announced that Phone (2) will have a Snapdragon 8 Series chipset. Well here's some news – it’s going to be the premium-tier powerhouse Snapdragon 8+ Gen 1. A clear upgrade from Phone (1). Let’s talk about the key differences👇 pic.twitter.com/l5NwCxDAVa

— Carl Pei (@getpeid) May 18, 2023

Selain itu, terdapat peningkatan prestasi keseluruhan sebanyak 80%, yang mana antaranya termasuk peningkatan jangka hayat bateri dan naik taraf kamera seperti ciri RAW HDR dan rakaman 4K pada 60fps.

Pelancaran Nothing Phone (2) dijangka akan berlangsung pada musim panas, iaitu antara Jun dan Ogos ini. Sehingga itu, pastinya lebih banyak maklumat mengenai peranti ini akan didedahkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Carl Pei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY