Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nasa artemis 1

Selepas Percubaan Pertama Gagal, Artemis 1 Dijadualkan Lancar Pada Sabtu Ini Pula

Diterbitkan Ogos 31, 2022 oleh ariff bukhari

Pelancaran roket Artemis 1 yang sepatutnya dilancarkan pada 29 Ogos 2022 jam 8.33.am (sekitar jam 8.00 malam waktu Malaysia) dari Pusat Angkasa Kennedy,  Cape Canaveral, Florida telah ditunda kepada hari Sabtu, 3 September nanti.

ARTEMIS I UPDATE: @NASA will conduct another Artemis I launch attempt Saturday, September 3rd, at 2:17 p.m. EDT. #Artemis pic.twitter.com/qMv8lCL3Kq

— NASA's Exploration Ground Systems (@NASAGroundSys) August 30, 2022

Kegagalan pelancaran roket itu sebelum ini berpunca daripada suhu enjin yang tidak berada pada suhu sepatutnya ketika ujian enjin dijalankan sebelum pelancaran dibuat.

Ia turut diikuti oleh kebocoran yang dikesan berlaku ketika proses memasukkan bahan api kriogenik ke dalam roket tersebut.

Malah keadaan cuaca juga memberikan cabaran sehingga  pengarah pelancar mengambil keputusan membatalkan pelancaran roket itu pada hari tersebut.

NASA menjelaskan, apa yang dialami adalah sebahagian daripada kebiasaan yang berlaku dalam ujian penerbangan.

Berkaitan

  • Sehingga Kini Hanya 18 Angkasawan Ini Sahaja Yang Pernah Menjejakkan Kaki Di Bulan
  • 'Kiamat Iklim' Diramal Pada 2040, Malaysia Tidak Terkecuali
  • NASA Akan Kembali Ke Bulan Menerusi Artemis 1 Hari Ini

“Kami menekan dan menguji roket serta kapal angkasa ini dengan cara yang anda tidak akan melakukannya dengan kru manusia di atas kapal. Itulah tujuan penerbangan ujian.” NASA.

Matlamat utama Artemis I adalah untuk menunjukkan bahawa sistem pelancar roket SLS (Space Launch System) yang membawa sistem Orion selamat dalam persekitaran penerbangan angkasa dan memastikan kemasukan semula, penurunan, percikan, dan pemulihan yang selamat sebelum penerbangan pertama dengan anak kapal menerusi misi Artemis II.

Sumber: CNET, BBC News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY