Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
artemis 1

NASA Akan Kembali Ke Bulan Menerusi Artemis 1 Hari Ini

Diterbitkan Ogos 29, 2022 oleh ariff bukhari

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) sudah bersiap sedia untuk melancarkan misi kembali ke Bulan menerusi Artemis 1.

Pelancaran roket itu dijadualkan akan dibuat kurang dari 9 jam dari artikel ini ditulis iaitu pada 29 Ogos 2022 jam 8.33.am (sekitar jam 8.00 malam ini nanti waktu Malaysia) dari Pusat Angkasa Kennedy,  Cape Canaveral, Florida.

Call to Stations: At approx. 9:53 am EDT, or L-46 hours, 40 minutes before the initial targeted T-0, the launch team arrived at their stations inside the Launch Control Center at @NASAKennedy. The countdown is now underway for the 1st Artemis I launch attempt, Aug. 29 at 8:33 am. pic.twitter.com/HYeFdqgyQu

— NASA's Exploration Ground Systems (@NASAGroundSys) August 27, 2022

Matlamat utama Artemis I adalah untuk menunjukkan sistem pelancar roket SLS (Space Launch System) yang membawa sistem Orion selamat dalam persekitaran penerbangan angkasa dan memastikan kemasukan semula, penurunan, percikan, dan pemulihan yang selamat sebelum penerbangan pertama dengan anak kapal menerusi misi Artemis II.

orion artemis nasa

Artemis I akan menjadi yang pertama dalam siri misi membawa manusia ke Bulan dan berada di sana dalam jangka panjang untuk tempoh beberapa dekad akan datang.

Misi ini akan melibatkan jarak keseluruhan perjalanan sejauh 2,092,147 kilometer dan Orion akan terbang 100 kilometer dari permukaan Bulan. Orion akan berada sekitar selama 6 hari bagi tujuan pengumpulan data.

Berkaitan

  • 'Doomsday Glacier' Makin Cepat Cair, Paras Laut Dunia Boleh Meningkat
  • 'Architecture' Cip Dari Pembangun Punca Kepada Isu "Overheating" Pada Peranti Android
  • 'Kiamat Iklim' Diramal Pada 2040, Malaysia Tidak Terkecuali

NASA Akan Kembali Ke Bulan Menerusi Artemis 1 Hari Ini

Kemudian Orion akan kembali memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan 40233.6 kilometer/jam (bersamaan 11 kilometer/saat) dan menghasilkan suhu setinggi 2,760 darjah Celsius.

Misi Artemis I akan dijalankan selama 42 hari, 3 jam dan 20 minit (akan tamat pada 10 Oktober 2022).

Pelancaran Artemis 1 ini boleh ditonton secara langsung menerusi YouTube rasmi NASA.

Sumber: NASA: Artemis I,  Orion | NASA,

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY