Dalam artikel sebelum ini telah pun memaklumkan bahawa hanya negara Amerika Syarikat (AS) sahaja menerusi Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang telah berjaya menjalankan misi pendaratan manusia di Bulan sehingga ke hari ini.
Tetapi tahukah anda siapakah angkasawan-angkasawan yang pernah menjejakkan kaki di Bulan? Dan berapa kalikah pula manusia telah berjaya mendarat di Bulan?
Untuk pengetahuan anda, setakat ini manusia telah berjaya mendarat di Bulan adalah sebanyak 6 kali. Bermula dari misi Apollo 11 dari 16 Julai hingga 20 Julai 1969.
Angkasawan yang terlibat dalam misi itu dan menjejakkan kaki di Bulan adalah Neil Amstrong, Edwin Aldrin Jr. dan Micheal Collins.
Kemudian AS tidak menunggu lama untuk kembali mendarat di Bulan yang dibuat menerusi misi Apollo 12 pada tahun yang sama selepas misi Apollo 11. Misi itu dijalankan dari 14 hingga 17 November 1969.
Angkasawan yang terlibat dalam misi itu dan menjejakkan kaki di Bulan adalah Charles Conrad Jr., Alan Bean dan Richard F. Gordon Jr.
Selepas itu, AS sekali lagi kembali menjejakkan kaki di Bulan menerusi misi Apollo 14 yang dijalankan dari 31 Januari sehingga 4 Februari 1971.
Misi itu dilaksanakan oleh Alan B. Shepard Jr., Stuart A. Roosa dan Edgar D. Mitchell.
Pada tahun yang sama juga, AS menghantar lagi angkasawan mereka ke Bulan menerusi misi Apollo 15 yang berjalan dari 26 hingga 29 julai 1971.
Misi itu berjaya dilaksanakan oleh David R. Scott, Jame B. Irwin dan Alfred M. Worden
Diikuti tahun berikutnya, NASA meneruskan misi menghantar manusia ke Bulan menerusi misi Apollo 16 dari 16 hingga 19 April 1972.
Misi itu telah dilaksanakan oleh John W. Young, Charles M. Duke Jr. dan Thomas K. Mattingly II.
Kali terakhir manusia menjejakkan kaki di Bulan adalah pada 7 Disember 1972 menerusi misi Apollo 17 yang berakhir pada 10 Disember 1972.
3 Angkasawan terakhir dalam misi itu yang berjaya menjejakkan kaki di Bulan adalah Eugene A. Cernan, Ronald E. Evans dan Harrison H. Schmidt.
Walaupun kali terakhir NASA menghantar manusia ke Bulan 50 tahun dahulu. Tetapi kini agensi itu sedang merancang untuk kembali menghantar manusia ke Bulan dalam tahun 2024 nanti menerusi misi Artemis.
Menrusi Misi Artemis, NASA bukan sahaja kembali ke Bulan tetapi juga mencipta sejarah di mana mereka menghantar angkasawan wanita dan angkasawan berkulit hitam pertama yang bakal menjejakkan kai di Bulan.
Sumber: Planetarium Negara, NASA, Artemis
Baca juga: