Ikon Ais Kutub Utara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir menerangkan, hasil pemerhatian beliau semasa beberapa kali ke Kutub Utara dan Antartika mendapati, banyak bongkah-bongkah ais pecah, hancur dan semakin mencair. Gunung berapi mula aktif di Antartika yang mana di sekelilingnya sudah panas dan tiada langsung salji.
{suggest}
Petunjuk itu dikatakan adalah kesan daripada pemanasan global, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Melihat perkembangan itu, berbaki 18 tahun lagi dunia mungkin berdepan iklim paling ekstrem yang akan turut sama menjejaskan Malaysia, berikutan kedudukan geografi negara ini di bawah garisan khatulistiwa.
Menurut Sharifah Mazlina, ramalan itu bukan sahaja berdasarkan pemerhatiannya semasa di Antartika , tetapi turut disahkan saintis-saintis dunia termasuk dari Rusia dan Amerika Syarikat.
Tambahnya, beberapa saintis dunia sebelum ini berkata akan berlaku iklim ekstrem pada 2040 atau 2041 kerana pada tahun tersebut diramalkan ais di Antartika akan mencair dengan sangat teruk. Jika semuanya mencair, apa yang akan berlaku ialah, limpahan ombak, tsunami, banjir yang teruk, tanah runtuh dan sebagainya.
Pada masa ini, Malaysia sudah alami musim monsun yang berbeza daripada kebiasaan. Antara petanda di mana perubahan cuaca yang tidak menentu sekarang termasuk banjir kerap berlaku dan banyak tempat rendah ditenggelami air.
Dalam pada itu, Sharifah Mazlina turut menekankan kepada rakyat Malaysia untuk mengambil berat isu pemanasan global di negara ini. Tindakan seperti kitar semula, kurangkan penggunaan plastik dan karbon serta banyakkan penanaman pokok antara langkah kecil yang membawa kesan besar kepada soal pemanasan global.
Sumber: Astro Awani
Berkaitan
- Pengguna WhatsApp Kelak Boleh 'Mute' Panggilan Nombor Tak Dikenali
- Siri OnePlus 12 Kini Dilancarkan Untuk Pasaran Global
- Elak Beli Alat Pengimbas Suhu Palsu, Semak Produk Berdaftar Melalui Portal Ini
- Pengguna Mungkin Perlu Langgan Twitter Blue Untuk Kekal Status 'Verified'
- Apple Tarik Balik Kemas Kini iOS Security Response 16.5.1 (a)
- Imej Galaxy Z Fold5 Tertiris, Perlihat Rekaan Engsel Baharu
- Redmi Note 12 Turbo Diumumkan - Snapdragon 7+ Gen 2, 16GB RAM, Storan 1TB
- Sebilangan Pengguna Lapor Isu Skrin Pada Google Pixel 7 Pro
- Harga Langganan Internet Fibre Unifi Turun, Pelanggan Sedia Ada Terima Naik Taraf Percuma
- WhatsApp Uji Ciri Dail Nombor Telefon Secara Terus Dalam Aplikasi