Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp poll

Selepas Ini Anda Boleh Buat Undian Dalam Kumpulan WhatsApp

Diterbitkan April 6, 2022 oleh Faiz Munir

Kebanyakan media sosial seperti Twitter, Facebook dan Telegram membenarkan pengguna mereka untuk membuat undian dalam platform tersebut. Kini, WhatsApp juga akan menghadirkan ciri tersebut tidak lama lagi.

Hal ini dapat dilihat melalui tangkap layar versi WhatsApp beta iOS terbaharu (versi 22.8.0.72) yang membolehkan pengguna untuk membuat undian dalam mesej kumpulan aplikasi tersebut.

Apabila membuat undian, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah meletakkan persoalan (question) dan kemudiannya diikuti pilihan jawapan. Anda boleh menetapkan sehingga 12 pilihan jawapan untuk diundi. Selain itu, pilihan jawapan ini boleh disusun mengikut cita rasa anda.

Selepas Ini Anda Boleh Buat Undian Dalam Kumpulan WhatsApp
Selepas Ini Anda Boleh Buat Undian Dalam Kumpulan WhatsApp

Fungsi undian ini bukan satu fungsi yang baharu dan ia telah lama wujud pada platfrom media sosial yang lain. Buat masa ini, fungsi baharu ini hanya terdapat pada WhatsApp beta iOS sahaja. Mungkin akan hadir pada versi Android tidak lama lagi. Apa-apa pun kita masih perlu menunggu fungsi ini kerana ia masih lagi dalam fasa pembangunan.

Sebelum ini, WhatsApp ada menyertakan fungsi baharu seperti reaksi mesej, henti dan sambung mesej suara dan pintasan carian. Namun fungsi ini juga masih lagi dalam versi beta. Untuk menikmati semua fungsi-fungsi ini, kita perlu nantikan kemas kini yang akan dilepaskan tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga:

  • KPDNHEP: Rokok Elektronik Wajib Diperakui SIRIM, Boleh Didenda RM100K Jika Ingkar
  • Dunia Bakal Berdepan Gangguan Internet Yang Lebih Kerap Kerana Bencana Alam
  • Sebab ‘Throttling’, Siri Galaxy S22 Mula ‘Dilupakan’ Di Negara Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY