Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fast internet gold coast

Dunia Bakal Berdepan Gangguan Internet Yang Lebih Kerap Kerana Bencana Alam

Diterbitkan April 5, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada data insiden gempa bumi yang berlaku pada tahun ini, sudah lebih daripada 50 insiden gempa bumi telah direkodkan setakat dalam bulan Mac 2022.

Keadaan ini membimbangkan kerana dikhuatiri ia berpotensi menyebabkan berlakunya gangguan kepada rangkaian internet di seluruh dunia.

Berdasarkan kepada laporan Cloudflare, gangguan rangkaian internet yang berpunca daripada insiden gempa bumi semakin kerap berlaku mutakhir ini.

Selain itu, satu lagi bencana alam yang turut menyebabkan gangguan internet adalah insiden letusan gunung berapi.

2 Insiden bencana alam ini telah menjadi faktor utama kepada berlakunya isu gangguan internet untuk suku pertama tahun ini.

Sebagai contoh, letusan gunung berapi Hunga Tonga–Hunga Ha’apai yang berlaku pada 14 Januari 2022 lalu telah merosakkan kabel dasar laut yang menghubungkan antara Tonga dan Fiji.

Insiden itu telah mengakibatkan gangguan rangkaian internet selama 38 hari di kepulauan tersebut.

Antara insiden terbaru gangguan internet yang melibatkan bencana alam gempa bumi pula telah direkodkan berlaku pada 16 Mac lalu.

Gempa bumi itu yang berlaku di perairan Jepun dengan kekuatan 7.3 magnitud telah mengakibatkan terputusnya bekalan kuasa elektrik. Sekaligus menyebabkan gangguan rangkaian internet di bandar-bandar utama Jepun termasuklah Bandaraya Tokyo yang mengalami gangguan internet untuk tempoh beberapa jam.

Peningkatan insiden bencana alam yang direkodkan pada tahun ini dikhuatiri akan mengakibatkan kekerapan gangguan capaian internet dunia yang bergantung menerusi sambungan kabel dasar laut.

Termasuklah infrastruktur pusat data yang kini menjadi begitu terdedah kepada bencana alam seperti ini.

Walaubagaimanapun, faktor-faktor lain seperti serangan DDoS (distributed denial of service) oleh penjenayah siber dan peperangan antara negara juga turut dibimbangi boleh menyebabkan berlakunya gangguan internet sepertimana apa yang berlaku dalam perang Ukraine dan Rusia ketika ini.

Sumber: cloudflare

Baca juga:

  • Lebih Banyak Kejadian Gempa Bumi Dikesan Berlaku Pada Tahun Ini Berbanding Tahun 2021
  • 5 Router Terbaik Untuk Wifi Rumah Anda
  • U Mobile Hadir Dengan Pelan 5G Prabayar Baharu Serendah RM20 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY