Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebab ‘Throttling’, Siri Galaxy S22 Mula ‘Dilupakan’ Di Negara Sendiri

Sebab ‘Throttling’, Siri Galaxy S22 Mula ‘Dilupakan’ Di Negara Sendiri

Diterbitkan April 5, 2022 oleh Faiz Munir

Isu GOS (Gaming Operating Service) sememangnya telah memburukkan nama Samsung di Korea Selatan. GOS merupakan sebuah perisian tersebunyi yang mengehadkan prestasi CPU dan GPU siri peranti tersebut.

Hal ini telah menyebabkan jualan siri Galaxy S22 menjunam di negara tersebut. Sebulan telah berlalu, Samsung juga telah melepaskan kemas kini baharu dengan membuang GOS. Namun tindakan tersebut seperti tidak memberikan impak yang besar.

Oleh itu, syarikat rangkaian (carrier) KT dan LG Uplus telah menaikkan subsidi untuk peranti tersebut meningkatkan jualan siri peranti tersebut. Kini subsidi yang diberikan adalah sebanyak 500,000 won (~RM1738) untuk Samsung Galaxy S22 dan S22+.

Nilai subsidi ini telah meningkat lebih 3 kali ganda daripada sebelum ini iaitu 150,000 won (RM~521) sahaja. Manakala untuk Samsung Galaxy S22 Ultra, subsidinya masih sama iaitu 500,000 won seperti yang ditawarkan sejak sebulan lalu.

Walau bagaimanapun, seorang wakil daripada syarikat rangkaian di Korea Selatan yang disembunyikan identitinya tidak memandang isu GOS akan menyebabkan jualan Galaxy S22 akan berkurang.

Menurutnya, masih ada pelanggan yang akan membeli peranti ini bukan untuk tujuan bermain permainan video dan buat masa ini, beliau masih tidak melihat jualan siri Galaxy S22 sedang jatuh.

Sumber: Sammobile

Baca juga:

  • Pengguna WhatsApp Tidak Akan Lagi Boleh Berkongsi Mesej Ke Pelbagai Grup Lain
  • Saham Twitter Naik Selepas Elon Musk Diumumkan Pemegang Saham Terbesar
  • Hilang Penglihatan Tak Menjadi Penghalang Untuk Bertarung Dalam ‘Mortal Kombat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY