Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vape pod

KPDNHEP: Rokok Elektronik Wajib Diperakui SIRIM, Boleh Didenda RM100K Jika Ingkar

Diterbitkan April 5, 2022 ยท Dikemas kini April 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini telah mewartakan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Peranti Rokok Elektronik 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 demi memastikan peranti rokok elektronik di pasaran mencapai piawaian keselamatan.

Dengan ini, semua pengilang dan pengimport peranti rokok elektronik atau ‘vape device’ perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Menurut laman web Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan bahawa peranti elektronik yang mengandungi nikotin ialah โ€˜rokok elektronikโ€™ (eCig), manakala yang tidak mengandungi nikotin pula ialah ‘vape‘.

Antara peranti rokok elektronik yang diketahui ramai termasuklah vape dan pod. Namun, KPDNHEP tidak menyatakan secara spesifik jenis rokok elektronik tersebut.

Perintah ini akan dikuatkuasakan mulai 3 Ogos 2022, di mana individu yang melanggar perintah akan didenda sebanyak sehingga RM100,000 atau penjara kurang tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Jika individu tersebut mengulangi kesalahannya, mereka boleh didenda sehingga RM250,000 atau dijel sehingga lima tahun.

Bagi syarikat yang didapati bersalah pula akan dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau RM500,000 jika berulang.

Jelas KPDNHEP, penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada peranti rokok elektronik, alat gantinya atau pada bekas peranti supaya senang dilihat oleh pengguna.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY