Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11

Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11

Diterbitkan November 14, 2024 · Dikemas kini November 14, 2024 oleh Amalina Athman

Apple secara rasmi melancarkan Final Cut Pro 11 untuk Mac, naik taraf pertama sejak versi 10 diperkenalkan pada 2011.

Final Cut Pro 11 memanfaatkan sepenuhnya kuasa cip siri-M Apple. Antaranya termasuk ciri Magnetic Mask, Transcribe to Captions, suntingan spatial video dan pelbagai lagi.

Magnetic Mask

Dengan Magnetic Mask, pengguna dapat mengasingkan individu dan objek dalam klip video dengan mudah, tanpa perlu menggunakan skrin hijau atau teknik rotoscoping yang memakan masa.

Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11

Analisis automatik yang tepat ini memberikan fleksibiliti tambahan untuk menyesuaikan latar belakang dan persekitaran.

Pengguna juga boleh menggabungkan Magnetic Mask dengan pembetulan warna dan kesan khas video, yang membolehkan kawalan dan gaya lebih terperinci dalam setiap projek.

Transcribe to Captions

Transcribe to Captions pula membolehkan Final Cut Pro menjana kapsyen tertutup (closed captions) secara automatik dalam garis masa, dengan menggunakan large language model (LLM) Apple yang menganalisis audio dituturkan dalam video.

Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11

Spatial video

Final Cut Pro 11 kini mempunyai sokongan untuk penyuntingan spatial video. Pengguna boleh mengimport rakaman daripada model iPhone 15 Pro, model iPhone 16 atau kamera Canon R7 dengan RF-S7.8mm F4 STM Dual Lens untuk membuat pembetulan warna, menambah kesan khas atau judul pada projek.

Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11

Kedudukan kedalaman judul dan rakaman boleh disesuaikan semasa proses penyuntingan, dan terdapat mod tontonan yang berbeza untuk pratonton sudut mata kiri dan kanan pada Mac.

Antara penambahbaikan dan ciri baharu lain termasuk Magnetic Timeline, Compressor, Motion, suntingan multi-kamera, pengoptimuman cip Apple silicon, alatan proxy yang dipertingkatkan dan sebagainya.

Final Cut Pro Versi 2.1 untuk iPad

Selain itu, Apple turut melancarkan Final Cut Pro versi 2.1 untuk iPad dengan menambah sokongan untuk “Enhance Light and Color”, yang membolehkan pengguna menyelaraskan keseimbangan warna, kontras, dan kecerahan pada video atau imej pegun dengan satu sentuhan.

Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11
Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11
Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11

Penambahbaikan lain termasuk gerak isyarat pinch menegak untuk mengembangkan atau mengecilkan ketinggian klip dalam garis masa, pilihan untuk menyesuaikan saiz dan kedudukan viewer dalam mod Picture-in-Picture secara dinamik.

Versi ini juga menyokong rakaman pada 90 fps, 100 fps, dan 120 fps pada iPhone 16 Pro, membolehkan penyuntingan video dengan lebih banyak pilihan kelajuan.

Harga dan ketersediaan

Final Cut Pro 11 tersedia sebagai kemas kini percuma untuk pengguna sedia ada dan dijual pada harga RM1,299.90 untuk pengguna baharu di Mac App Store. Pengguna baharu juga boleh memuat turun percubaan percuma selama 90 hari untuk Final Cut Pro.

Bagi Final Cut Pro untuk iPad 2.1 pula, ia turut tersedia sebagai kemas kini percuma untuk pengguna sedia ada, serta boleh didapati di App Store pada harga RM22.90 sebulan atau RM199 setahun, dengan percubaan percuma selama sebulan untuk pengguna baharu.

Berkaitan

  • Kemas Kini Final Cut Pro Dan Logic Pro Hadir Dengan Fungsi Menarik
  • Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad
  • Logic Pro Dan Final Cut Pro Untuk iPad Kini Tersedia Di App Store
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY