Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kitar Semula Lebih Bijak Dengan idamanExchange, Boleh Dapat Ganjaran Tebus Di e-Dompet

Kitar Semula Lebih Bijak Dengan idamanExchange, Boleh Dapat Ganjaran Tebus Di e-Dompet

Diterbitkan Ogos 15, 2025 · Dikemas kini Ogos 15, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda penduduk yang tinggal di sebelah utara Malaysia, khususnya Kedah dan Perlis, anda kini boleh kitar semula pelbagai barangan dengan lebih mudah melalui aplikasi yang dikenali sebagai idamanExchange.

Aplikasi idamanXchange oleh E-Idaman Group of Companies dibuat secara eksklusif untuk memberikan anda ganjaran bagi aktiviti kitar semula.

Kitar Semula Lebih Bijak Dengan idamanExchange, Boleh Dapat Ganjaran Tebus Di e-Dompet
idamanExchange 1

Ia juga membolehkan anda mencari lokasi kitar semula yang mudah diakses di kawasan anda dan membantu anda melihat sejarah transaksi kitar semula anda.

Lebih menarik lagi adalah setiap kali anda menghantar barang terpakai untuk dikitar semula, idamanXchange menawarkan mata ganjaran yang boleh ditebus menerusi aplikasi e-dompet.

kitar semula 4
Hantar barang ke pusat kitar semula > tunjukkan kod QR dari aplikasi idamanXchange > timbang barang kitar semula > maklumkan pilihan platform transaksi > terima resit > tebus mata ganjaran dari e-dompet TNG atau Boost Credit.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, manfaat dari aplikasi idamanXchange hanya dinikmati penduduk di negeri Kedah dan Perlis sahaja.

Ini kerana, operasi pengumpulan barang kitar semula yang diuruskan oleh  E-Idaman Sdn Bhd (EISB)  hanya terhad di dalam negeri ini sahaja.

barang kitar semula
Pelbagai jenis barang yang boleh dihantar untuk dikitar semula.

Jadi, orang Kedah dan Perlis serta penduduk dari Pulau Pinang yang berjiran dengan negeri Kedah, bolehlah turut sama menghantar barang terpakai yang boleh dikitar semulla ke tempat pengumpulan berhampiran.

Aplikasi idamanXchange boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store (Android) atau Apple App Store (iOS).

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Jangan Biarkan Malaysia Jadi Tong Sampah Elektronik Dunia
  • Jangan Takut, Ini Cara Buat Aduan Insiden Buli Terus Kepada KPM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY