Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selangor Guna Teknologi UK, Siap Tampal Jalan Berlubang 15 Minit Sahaja

Selangor Guna Teknologi UK, Siap Tampal Jalan Berlubang 15 Minit Sahaja

Diterbitkan September 13, 2024 · Dikemas kini September 13, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat penyelenggara jalan negeri Selangor, Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) telah berjaya menampal sebanyak 22,418 jalan berlubang antara Januari hingga 31 Ogos tahun ini.

Jadi, untuk mempercepatkan lagi tindakan dalam usaha membaiki jalan yang rosak terutamanya jalan berlubang yang digunakan pengguna jalan raya di negeri itu, Infrasel Sdn. Bhd. telah memperkenalkan aset terbaharu milik mereka iaitu Jetpatcher.

Jetpatcher merupakan sebuah jentera canggih terbaru milik Infrasel Sdn. Bhd. yang berupaya untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan yang rosak dan berlubang dengan lebih efisien.

Ia akan digunakan semasa Projek Turapan Mega 2024 berlangsung bagi meminimumkan penggunaan masa bersesuaian dengan ciri-ciri khas yang terdapat pada Jetpatcher tersebut iaitu kebolehan untuk melaksanakan kerja-kerja penurapan dengan lebih pantas dan meminimumkan gangguan kepada pengguna jalan raya.

Jetpatcher 3
Jetpatcher telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Ir. Izham Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Kerajaan Negeri Selangor dengan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis serta Pihak Pengurusan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dan Infrasel Sdn. Bhd.
Jetpatcher 1

Jentera yang menggunakan teknologi UK itu  akan memainkan peranan penting dalam usaha memperbaiki infrastruktur jalan di Negeri Selangor yang dikatakan dapat membaiki jalan berlubang dalam masa 15 minit sahaja, berbanding lebih sejam diperlukan dengan kaedah konvensional.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim sejumlah RM20 juta diperuntuk untuk melaksanakan Projek Turapan Mega.

Kerja pembaikan melibatkan semua laluan termasuk jalan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kampung.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Senarai Permainan Yang Dioptimumkan Untuk PS5 Pro

Sumber: Selangor Journal, Selangorkini, Majlis Perbandaran Kuala Langat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY