Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank: Pengaktifan Baharu Secure2U Akan Beralih Sepenuhnya Ke Aplikasi MAE Bermula 26 September

Maybank: Pengaktifan Baharu Secure2U Akan Beralih Sepenuhnya Ke Aplikasi MAE Bermula 26 September

Diterbitkan September 20, 2022 · Dikemas kini September 20, 2022 oleh Amalina Athman

Maybank baru-baru ini memaklumkan semua pengaktifan baharu Secure2U akan dipindahkan secara kekal daripada aplikasi M2U MY ke aplikasi MAE, bermula 26 September 2022.

Sebagai tambahan, Maybank juga menyatakan bagi mengukuhkan lagi keselamatan perbankan dalam talian, mulai Oktober 2022, ciri Secure2u pada aplikasi MAE akan dipertingkatkan dengan tempoh pengaktifan 12 jam apabila pengguna membenarkan Secure2u pada peranti lain. Ia sekali gus dapat menghalang kelulusan Secure2u yang tidak dibenarkan.

Berkaitan

  • Tiada Lagi TAC Melalui SMS, Maybank Hanya Sokong Secure2U Untuk Pemindahan Wang
  • Tidak Terima Kod Pengesahan Maybank Untuk Aktifkan Apple Pay? Ini Cara Penyelesaian
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

Maybank berkata bahawa langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya bagi melindungi keselamatan perbankan dalam talian.

Bagi pengguna sedia ada yang sudah mendaftarkan Secure2u pada aplikasi M2U MY, pengesahan transaksi boleh dilakukan seperti biasa. Walau bagaimanapun, Maybank menggalakkan pengguna untuk beralih ke aplikasi MAE bagi semua pengesahan Secure2u.

Untuk pengetahuan, Secure2U merupakan cara yang lebih selamat dan mudah untuk membenarkan transaksi Maybank2u dan MAE, dengan menggunakan Secure Verification (pengesahan one-tap) dan Secure TAC (nombor TAC 6 digit yang dijana pada aplikasi mudah alih).

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY