Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Gen 2

Beberapa Telefon Andalan 2024 Mungkin Kekal Dengan Snapdragon 8 Gen 2

Diterbitkan Ogos 15, 2023 · Dikemas kini Ogos 15, 2023 oleh Amalina Athman

Qualcomm dijadualkan mengumumkan cip Snapdragon 8 Gen 3 pada hujung Oktober nanti, sementara peranti dengan janaan cip itu mungkin dilancarkan akhir tahun ini. Namun, cip baharu itu dikatakan mungkin agak mahal bagi keperluan sesetengah pengeluar peranti.

Berkaitan

  • Dimensity 9300 Mungkin Jadi Seteru Kuat Snapdragon 8 Gen 3
  • Snapdragon 8 Gen 3 Akan Diperkenal Pada Oktober
  • Rekaan OnePlus 12 Tertiris, Mungkin Terawal Guna Snapdragon 8 Gen 3
  • Spesifikasi iQOO 12 Tertiris, Dilapor Guna Snapdragon 8 Gen 3

Peniris terkenal, Digital Chat Station mendakwa kos cip Snapdragon 8 Gen 3 kelihatan “agak tinggi sedikit”. Bagi mengurangkan kos, sesetengah pengeluar peranti dikatakan akan mengekalkan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2 atau Dimensity untuk model standard.

S8G3 Digital Chat Station

Dalam erti kata lain, beberapa jenama mungkin mengehadkan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 3 hanya untuk versi lebih mahal seperti Pro, Plus atau Ultra dan sebagainya.

Walaupun begitu, dakwaan kos cip Snapdargon 8 Gen 3 yang agak tinggi menunjukkan sesetengah pengeluar mungkin memilih ‘jalan’ ini – menjual telefon lebih mahal kerana kos cip mahal, yang mana akan turut meningkatkan keuntungan syarikat.

Bagi anda sendiri, adakah cip sedia ada sudah cukup berkuasa atau masih belum mencapai tahap kepuasan pengguna?

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY