Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Data peribadi

Sebar Data Peribadi Tanpa Kebenaran Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang – KPN

Diterbitkan Januari 26, 2026 ยท Dikemas kini Januari 26, 2026 oleh Amalina Athman

Doxxing atau penyebaran maklumat peribadi individu tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang. Ia termasuk menyebarkan atau mendedahkan alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri dan maklumat keluarga melalui platform dalam talian.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan prinsip perlindungan data peribadi terpakai kepada semua individu tanpa mengira latar belakang, pandangan atau situasi semasa, serta tidak boleh dijadikan alasan untuk tindakan balas dendam, ugutan atau gangguan dalam talian.

Sebar Data Peribadi Tanpa Kebenaran Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang – KPN
Foto: Kementerian Dalam Negeri

Katanya, perbuatan itu boleh disiasat mengikut beberapa peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 serta Seksyen 507E, 507F (1) atau 50F (2) Kanun Keseksaan.

“PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati melanggar undang-undang berkaitan, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan keselamatan awam.”

Beliau berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung penyebaran maklumat peribadi seorang individu menerusi platform dalam talian baru-baru ini.

Berkaitan

  • Kementerian Digital Bakal Perkenal Sistem Perisikan Pantau Aktiviti Jual Data Peribadi
  • Pasport, MyKad Berwajah Baharu Bakal Diperkenal Suku Kedua Tahun Ini - Ciri Keselamatan Dipertingkat
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • MCMC Tarik Balik Sekatan Sementara, Akses Grok Kini Dikembalikan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY