Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Qualcomm Dikatakan Pihak Paling Rugi Dengan Kemunculan Kirin, Ini Sebabnya

Posted on September 7, 2023September 7, 2023

Sehingga kini, Huawei masih ‘membisu’ dan tidak mengesahkan mengenai cip pemproses yang dimuatkan pada Mate 60 Pro yang dilancar baru-baru ini. Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk kemunculan semula cip Kirin.

Terbaharu, penganalisis Ming-Chi Kuo mendakwa Qualcomm merupakan pihak paling rugi dengan kehadiran Kirin 9000s dan cip baharu.

{suggest}

Mengulas lanjut, Kuo mengatakan Huawei membeli 23-25 juta dan 40-42 juta SoC telefon mudah alih daripada Qualcomm, masing-masing pada 2022 dan 2023.

Bagaimanapun, model baharu Huawei dijangka akan menggunakan sepenuhnya pemproses Kirin yang dibangunkan sendiri bermula 2024.

Ia menjadikan Qualcomm bukan sahaja kehilangan tempahan Huawei sepenuhnya mulai 2024, tetapi berdepan risiko penurunan penghantaran kepada jenama bukan Huawei di China berikutan persaingan daripada Huawei.

Qualcomm is the main loser from Huawei’s adoption of Kirin9000S and new Kirin chips / Qualcomm為華為採用Kirin9000S與新Kirin晶片的主要輸家https://t.co/wBmHn4AjRP

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) September 6, 2023

Tambah Kuo, Qualcomm dijangka akan memulakan ‘perang’ harga seawal suku keempat 2023 bagi mengekalkan pegangan dalam pasaran China, walaupun ia akan menjejaskan keuntungan.

Syarikat itu juga dikatakan berdepan dua potensi risiko lain, yang mana pegangan cip Exynos 2400 Samsung dalam pasaran adalah lebih tinggi dari jangkaan. Sementara Apple dijangka beralih kepada cip modemnya sendiri bermula tahun 2025.

  • Beli produk Huawei di Shopee: https://invl.io/cljrcue
  • Beli produk Huawei di Lazada: https://invol.co/cljrcul

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress