Umum dah maklum yang mana Malaysia sedang menjalankan proses penamatan rangkaian 3G. Nak tak nak, kita yang masih dengan telefon lama ni perlu beralih kepada telefon pintar yang baru. Ditambah pula pelaksanaan 5G pun semakin rancak, walaupun tak tahu bila boleh nikmati, perkara ini boleh jadi salah satu faktor dalam pemilihan telefon baru selepas ini.
Ya, anda sudah boleh perlahan-lahan mencari telefon dengan sokongan 5G yang sesuai dengan bajet di poket. Nak rasa 5G tak semestinya perlu belanja besar (entah bila boleh rasa). Untuk memudahkan anda membuat pemilihan, aku senaraikan 5 telefon 5G terbaik dengan paras harga dibawah RM1000.
POCO M4 Pro 5G – (RAM 6GB/128GB – RM999)(RAM 4GB/64GB – RM899)
Model pertama dalam senarai ni, aku masukkan telefon yang baru sahaja dikeluarkan pada beberapa minggu lepas iaitu POCO M4 Pro 5G. Telefon ni adalah antara yang pertama menggunakan cip 6nm terbaru dari MediaTek iaitu Dimensity 810. Ia mempunyai pemprosesan jenis 8 teras dengan GPU Mali-G57 MC2. Telefon ni dijual dengan dua variasi iaitu 6GB+128GB dengan harga RM999 dan 4GB+64GB dengan harga RM899.
Spesifikasi:
- Mediatek Dimensity 810
- 6GB/4GB Ram , 64GB/128GB Storan
- Skrin 6.6-inci (IPS), kadar segar semula 90hz
- Fungsi Dynamic Switch dimana skrin akan mengubah kadar segar semula mengikut kandungan yang ditonton
- 50mp kamera utama, 8mp ultra lebar
- 16mp kamera hadapan
- Bateri 5000mah ( Pengecasan Pantas 33 watt)
Melihat pada spesifikasi ringkas POCO M4 Pro 5G ni, ia adalah penaiktarafan yang bagus berbanding POCO M3 Pro 5G yang baru je dikeluarkan pada beberapa bulan lepas. Kalau anda ingin mainkan permainan video pada telefon ni, memang tidak akan menjadi masalah juga kerana ia mampu mengendalikan mana-mana game dengan tetapan high atau medium, kecuali Genshin Impact kerana game ini memang memerlukan spesifikasi grafik yang tinggi.
- Beli dari Shopee – https://invol.co/cl7gend
- Beli dari Lazada – https://invol.co/cl7h1e2
Redmi note 10 5G – (RAM 8GB/128GB – RM799)
Untuk tempat kedua ni sebenarnya agak sengit jugak diantara POCO M3 Pro 5G dan Redmi Note 10 5G, tapi akhirnya aku memilih Redmi disebabkan kapasiti RAM yang lebih besar iaitu 8GB dengan harga yang sama sahaja. Selain itu, kedua-dua telefon ni mempunyai spesifikasi yang sama sahaja, jadi kepada anda yang ingin membeli Redmi atau POCO, kedua-dua telefon tidak mempunyai perbezaan langsung kecuali di bahagian rekaan dan kapasiti RAM, jadi Redmi Note 10 5G ni adalah pilihan yang terbaiklah. Untuk spesifikasi ringkas Redmi Note 10 5G dijana oleh 7nm Mediatek Dimensity 700. Ia mempunyai pemprosesan jenis 8 teras dengan GPU Mali-G57 MC2.
Spesifikasi:
- Mediatek Dimensity 700
- 8GB Ram, 128GB Storan
- Skrin 6.5 inci (IPS), kadar segar semula 90hz
- 48mp kamera utama, 2mp macro, 2mp depth
- 8mp kamera hadapan
- Bateri 5000mah ( Pengecasan pantas 18 watt )
Daripada spesifikasi ringkas diatas, Redmi Note 10 5G ni adalah salah satu telefon 5G bawah RM1000 yang menarik seperti POCO M4 Pro 5G juga, ia mempunyai spesifikasi yang terlalu berbaloi yang untuk harga yang ditawarkan seperti kapasiti ram dan cip yang digunakan. Sebagai tambahan lagi, dengan adanya kadar segar semula 90hz ia membuatkan telefon ni rasa seperti telefon yang berharga lebih daripada RM1000.
Beli di Shopee – https://invol.co/cl7h1je
Beli di Lazada – https://invol.co/cl7h1hb
Samsung Galaxy A22 5G – ( Rm999 / 8GB 128GB )
Selalunya telefon dari Samsung amat sukar sekali nak dapat harga bawah dari RM1000, tapi kita bernasib baik tahun ni kerana Samsung menawarkan sebuah telefon 5G yang berpatutan iaitu Samsung Galaxy A22 5G. Walaupun spesifikasinya tidak sehebat seperti POCO dan redmi, tapi anda akan mendapat telefon dari jenama yang terkemuka dan kemas kini perisian yang lebih bagus. Pada bahagian pemprosesan, ia didatangkan dengan 7nm Mediatek Dimensity 700 yang sama seperti Redmi Note 10 5G.
Spesifikasi
- Mediatek Dimensity 700
- 8GB Ram, 128GB Storan
- Skrin 6.6 inci (TFT), kadar segar semula 90hz
- 48mp kamera utama, 5mp ultra lebar, 2mp depth
- 8mp kamera hadapan
- Bateri 5000mah ( Pengecasan pantas 15 watt )
Walaupun begitu, spesifkasi telefon ni kurang menarik dengan skrin jenis TFT. Tapi untuk sebuah telefon dengan sokongan 5G, ia memang masih lagi boleh diterima kerana mempunyai perisian yang lebih bagus daripada jenama seperti Xiaomi dengan sistem operasi MIUI mereka. Namun ini semua ini masih berbalik kepada anda, sistem operasi mana yang anda lebih percaya dan selesa gunakan.
Beli di Shopee – https://invol.co/cl7h1mo
Beli di Lazada – https://invol.co/cl7h1lr
Realme 8 5G – (Rm 899 / 8GB 128GB )
Selalunya dalam senarai telefon dengan harga yang murah, mesti ada Xiaomi, Redmi dan POCO. Tapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh lupakan Realme. Pilihan aku untuk telefon Realme kalini adalah Realme 8 5G, telefon ni bagi aku untuk keseluruhan ia sudah cukup memadai.
Walaupun spesifikasi telefon sama juga macam Redmi Note 10 5G dan Samsung Galaxy A22 5G, tapi macam aku cakap tadi, setiap orang ada cita rasa yang tersendiri yang membuatkan setiap telefon itu menarik di mata setiap pengguna. Untuk cip yang digunakan, cerita yang sama, ia mengunakan Mediatek Dimensity 700. Disini kita boleh nampak sebuah trend dimana kebanyakkan telefon 5G bawah RM1000 menggunakan cip pemprosesan ini.
Spesifikasi
- Mediatek Dimensity 700
- 8GB Ram, 128gb Storan
- Skrin 6.5 inci (IPS), kadar segar semula 90hz
- 48mp kamera utama, 2mp macro, 2mp depth
- 16mp kamera hadapan
- Bateri 5000mah ( Pengecasan pantas 18 watt )
Kalau anda bandingkan spesifikasi Realme 8 5G dan Redmi Note 10 5G, kedua-duanya dari dalam hingga luaran nampak sama sahaja. Jadi mana lebih bagus ? Mudah je ikut cita rasa anda dari segi sistem operasi yang digunakan. Seperti Redmi Note 10 5G, ia menggunakan sistem operasi MIUI 12.5 yang bagi aku ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Sama jugak seperti Realme 8 5G ia menggunakan Realme UI 2.0.
Beli di Shopee – https://invol.co/cl7h1kc
Beli di Lazada – https://invol.co/cl7h1l0
Oppo A74 5G – (Rm 999 / 6GB 128GB )
Untuk telefon yang terakhir adalah OPPO A74 5G. Banyak orang pandang rendah dengan telefon ni kerana ia menggunakan cip pemprosesan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 480. Seperti anda semua tahu siri snapdragon 400 adalah cip kelas bawahan mereka. Walaupun cip dikelaskan macam tu, tapi prestasi cip ni sentanding dengan Snapdragon 730.
Spesifikasi
- Qualcomm Snapdragon 480
- 6GB Ram, 128GB Storan
- Skrin 6.5 inci (IPS), kadar segar semula 90hz
- 48mp kamera utama, 8mp ultra lebar, 2mp macro, 2mp depth
- 16mp kamera hadapan
- Bateri 5000mah ( Pengecasan pantas 18 watt )
Kalau anda tidak berminat dengan telefon yang menggunakan cipset dari MediaTek, mungkin disebabkan anda pernah skeptikal dengan MediaTek disebabkan isu panas. Jangan bimbang Oppo A74 5G ni mungkin sesuai dengan anda.
Beli di Shopee – https://invol.co/cl7h1q5
Beli di Lazada – https://invol.co/cl7h1r4