Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
eFootball 2024 Dah Boleh Dimuat Turun, Jom Lihat Apa Yang Baharu

eFootball 2024 Dah Boleh Dimuat Turun, Jom Lihat Apa Yang Baharu

Diterbitkan September 8, 2023 · Dikemas kini September 8, 2023 oleh ariff bukhari

Konami Digital Entertainment Limited umum pelancaran tahun baru bagi “eFootball” dengan  membawa sejumlah pembaharuan kepada “eFootball 2024”.

“eFootball” merupakan penjenamaan semula dari siri permainan popular “PES” KONAMI.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah kit, stadium, dan skuad yang dikemaskini dalam permainan sempena musim baharu dengan beberapa cerita pemindahan pemain terbesar dalam bola sepak dunia pada musim panas ini.

eFootball 2024 Dah Boleh Dimuat Turun, Jom Lihat Apa Yang Baharu
Edisi ‘Premium Ambassador Pack: Leo Messi’ untuk telefon mudah alih dan Steam®, pengguna juga akan menerima kad Messi Epic eksklusif yang dilengkapi dengan ciri ‘booster’ yang baru.

“eFootball 2024” juga akan melihat siri pembaharuan dibuat kepada permainan seperti tindak balas kawalan yang lebih baik dan peningkatan ketepatan dalam kemahiran individu menggelecek dan pertahanan.

eFootball 2024 Dah Boleh Dimuat Turun, Jom Lihat Apa Yang Baharu
KONAMI teruskan kerjasama dengan Lionel Messi sebagai bintang kulit serta menjadi wajah dalam pelbagai kempen komersial dan permainan “eFootball™”. Beliau juga akan menjadi nama bagi edisi baru ‘eFootball™ 2024: Leo Messi’.

Turut diperkenalkan adalah ciri ‘Boosters’ yang akan membolehkan pemain beraksi melebihi parameter biasa (had 99), bermakna pengguna boleh membesarkan kemahiran individu dan sifat-sifat pelbagai pemain dalam ‘Pasukan Impian’ mereka.

Ciri ini akan membolehkan pengguna membina pasukan dengan lebih kebebasan dan variasi.

https://youtu.be/nce2U6ZcGPI?si=9MlXzzbr7rFmpu0U

Berdasarkan siri maklum balas yang dikumpulkan daripada pengguna sedia ada, KONAMI telah melaksanakan pelbagai perubahan dalam permainan untuk meningkatkan lagi pengalaman dan realisme dalam “eFootball”.

eFootball™ 2024 sudah boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma bermula dari 7 September 2023 di pelbagai platform termasuklah PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows 10, Steam, iOS dan Android.

eFootball 2024 Dah Boleh Dimuat Turun, Jom Lihat Apa Yang Baharu

Untuk info lanjut, layari laman utama permainan di https://www.konami.com/efootball/en/

Berkaitan

  • Tular Video Mengejek Juruteknik Jepun, Kontrak Griezmann Bersama Konami Ditamatkan
  • Tiada Lagi PES, Kini Jadi eFootball - Permainan Percuma Untuk Semua Platform
  • Kemas Kini Segera iPhone Anda, Apple Isu Eksploitasi iOS Aktif Berlaku

Sumber: Siaran media KONAMI

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY